Diari Tani- Panduan Penanaman Emas Cotek Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:



Emas Cotek
 

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan. 

Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea 

Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.

Cara penanaman 

Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan anak benih atau keratan batang.

Mas cotek boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 1.2 m antara pokok dalam baris dan 2 m antara baris.

Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada jarak masa 4 bulan sekali dengan memotong pucuk muda (20 cm panjang).

Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 2 t/ha baja sebatian NPK=10:10:10 pada jarak masa enam bulan sekali.

Baja organik najis ayam tidak diperlukan bagi tanah aluvium.

Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 2-3 t/ha.

Kegunaan- merawat paru-paru berair, mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal, membantu mengelakkan penyakit batu karang, merawat penyakit buah pinggang, memulihkan tenaga batin, melancarkan perjalanan darah, mengatasi  masalah buasir dan sembelit dan menangani masalah mati pucuk dan resdung.
 

Artikel menarik 

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI