Ku nak tahu:
Kacip fatimah |
Kacip fatimah biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih.
Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan dan nama botaninya ialah Labisia pumila.
Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan
sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan
melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.
Cara penanaman
Kacip fatimah dapat membiak dengan 2 cara:
Melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).
Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air.
Kegunaan perubatan kacip fatimah - untuk mengembalikan bentuk badan asal wanita bersalin, mempercepatkan proses bersalin , penawar sakit angin dalam perut, merawat penyakit kelamin dan masalah ketika haid.
sekian dulu, terima kasih