Diari Tani- Panduan Penanaman Pegaga Di Tepi Rumah

Ku tahu baiknya:

Pegaga

Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara.

Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab.

Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. I

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya.


Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti  protein, gentian, zat besi, vitamin A dan vitamin C.  


PENANAMAN
Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20 cm x 20 cm. Ia mudah dibiakkan  secara aseksual menggunakan batang/rizom rayap dengan sekurang-kurangnya 2 nodus. 

Walaupun ia boleh tumbuh dibawah cahaya matahari tetapi kebanyakan jenis pegaga perlu kawasan yang redup dan tanah lembap.


PENGAIRAN
Pengairan adalah penting terutama sekali jika pegaga ditanam dikawasan terbuka. Pegaga mudah kekeringan air jika terdedah cahaya matahari.


PEMBAJAAN
Baja organik pada kadar 5.0 tan/ha digaulkan ke dalam tanah sebelum menanam. Baja hydro 16:16:16 dengan kadar 500 kg per hektar di bubuh setiap 2 minggu.

PENUAIAN
Pegaga boleh dituai mengikut umur matang iaitu dalam lingkungan 80-90 hari. Semasa menuai, tanah dilonggarkan dahulu dengan menggunakan tangan sebelum pokok dicabut atau dipotong sahaja pokok dan tinggalkan akarnya


Kegunaan nya : Baik mengawal tekanan darah tinggi, membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang halus, menyejukkan badan dan menyembuhkan lelah, merawat penyakit hati dan masalah buah pinggang, merawat buasir dan masalah penghadaman, menurunkan berat badan dan awet muda.

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI