Ku nak tahu:
Sekian, terima kasih
lidah buaya |
Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar.
Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira.
Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen
separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke
kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi.
Bahagian yang
digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya
boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.
Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm
manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang.
Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga.
Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.
Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.
Kegunaan : melebarkan rambuat anda, merawat luka dan kudis, merawat buah pinggang yang lemah dan ulser perut, dan menyejukkan badan
Sekian, terima kasih