Diari Tani- Pening Siasat Kerinting Lada

KU tengah pening kepala merawat pokok lada yang banyak masalah kerinting daun.

Kerinting adalah masalah utama pokok lada, cabai atau cili. Ia akan merosak jumlah pengeluaran buah yang secara perlahan.

Kadar produktiviti pokok akan menjadi rendah.

KU telah rawat penyakit pokok ini mengunakan racun serangga untuk kawalan hamma. Kesan hamma dapt dilihat kesan seakan terbakar di bawah daun. Berwarna perang sedikit hitam. Serangan hamma akan muncul cuaca kerap hujan turun sekejap -sekejap lebihi 3 hari.

Kesan nya nampak positif. Ada pokok yang pulih.

Ada pokok yang masih kerinting. Kawan KU cadang kan Cabut pokok yang masih bermasalah tadi, dibersihkan akarnya dan ditanam semula di tempat lain untuk pemerhatian.

KU nak buat pemerhatian pada pokok. Mungkin ada zat atau nutrien pokok yang masih mencukupi.

Pemerhatian dalam masa 2 minggu lebih. Penyakit kerinting ini mungkin berpunca benih ? tanah? baja ? Hamma? Bahang Panas matahari ?

Sekian terima kasih,

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Pangkas Tangkai Buah Rambutan , Kedodong

KU nak beritahu:

Kita biasanya ambik buah rambutan , kedodong di pokok, kita hanya tarik buahnya sampai tercabut
dari tangkainya.
Kita biarkan tangkai buah mengering sehingga berpucuk muda.

Untuk mengalakkan pokok rambutan , kedondong berbuah secara serata setiap dahan.

Langkah yang perlu dibuat adalah:

1. Kita hendaklah pangkas tangkai buah yang mengering agar dahan segera berpucuk muda.

2. Bagi dahan yang tinggi,disyorkan kita cantas dahan tersebut agar pokok menghasilkan dahan yang lebih rendah.

3. Jangan lupa taburkan baja NPK untuk mengalakkan pertumbuhan pokok itu sendiri.

Selamat mencuba.

Sekian ,terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Jenis Buluh Dengan Pertanian Kita


Terdapat jenis buluh(bamboo) yang wujud di negara kita. Setiap jenis buluh mempunyai ketebalan yang berbeza dan diameter yang berbeza.

Ada buluh digunakan untuk bubu, wau , dinding rumah , tikar buluh, binaan bangsal dusun, tiang para tanaman dan sebagainya.

KU baru ini siap membina para timun batang mengguna buluh akar. Buluh akar mempunyai ketebalan yang batang tapi berdiameter yang kecil.

Buluh ini amat sesuai digunakan sebagai tiang para. Kayu sokongan pula anak kayu gelam yang dibersihkan kulitnya. Dawai kasar digunakan sebagai dawai sokongan . Pukat tanaman disangkut pada dawai tadi. Ditegangkan agar petak nya membentuk petak besar.

Para di atas dijalinkan dengan tali rafia pertanian. agar bentuk petak untuk pucuk timun menjalar jauh.

Buluh akar dapat bertahan lama dengan cuaca panas dan hujan lebih kurang setahun. Kira -kira 4 - 6 musim timun batang, Ku dapat guna buluh sebelum tukar kepada yang buluh yang baru.

Yang penting, buluh ini dipotong mengikut ruas untuk memberi ketahanan yang lama. Buluh ini ditanam masih lagi masih berwarna hijau agar ketahanan lagi bertambah.


Sekian, Selamat mencuba.




Diari Tani- Panduan Penanaman Serai Di Tepi Rumah

KU dapat tahu:


Cara untuk menyemai serai:

1. Kita pilih rumpun serai yang agak matang. Lihat pada pangkal serai, jika nampak akar serai berada      di atas tanah. rumpun ini boleh dicabut dan dijadikan benih.

2. Rumpun serai tadi boleh dibersihkan. Daun serai dipotong. Daun kering di buang. Akar nya juga         dipotong. Yang tinggal batang serai yang siap dibersihkan.

3. Pilih batang yang agak besar. Yang kecil boleh digunakan untuk masakan.

4. Batang besar tadi boleh direndamkan dalam bekas berisi air. Tinggi air lebih kurang 1 inci - 2 inci.     Biarkan ia seminggu. Cuma tambah air jika perlu.

5. Setelah seminggu, batang serai akan berakar panjang dan berdaun baru.

6. Batang serai ini boleh disemai kan ke dalam tanah. Pastikan tanah digemburkan dan batang serai         ditanam ke dalaman 2 inci. Pastikan ia di siram setiap hari selama  2 minggu.

Selamat mencuba,

Sekian dulu, terima kasih

Diari Tani- Rancang Risiko Pertanian Kita

Baru Ku tahu:

Apabila kita menjalankan projek pertanian,kita mesti hadapi pelbagai risiko.
Risiko ini akan  mengganggu perjalanan projek.
Pening kepala kita untuk mengatasi risiko yang datang.

Antara risiko ini , banjir kilat , kemarau dan kejatuhan harga. 

Di sini, KU syorkan kita buat simpanan wang dalam menghadapi risiko. Wang ini hendaklah disimpan dalam akaun yang berlainan daripada akaun biasa kita urusan jual beli barangan.

Kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan untuk kita pulih dari risiko seperti bencana.

Jika kita mempunyai simpanan wang untuk risiko ini, kita dapat memcepatkan kadar pemulihan dan cepat memulakan kembali projek kita. Kemungkinan petani lain masih belum mampu bertani, Hasil pertanian mendapat pulangan yang tinggi.

Kita boleh berdoa kepada Allah swt agar projek pertanian kita tidak dilanda bencana. Kita sentiasa ada langkah berjaga-jaga sepanjang masa.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Tanam rumput

KU  baru...... tahu:

Tanam rumput sekarang boleh menjanjikan satu perniagaan yang baik. Ini berpunca peningkatan perumahan taman di seluruh negara. Walaupun tanahnya amat sempit, pemilik rumah ingin menghiaskan sebaik mungkin.
Terutama kaum hawa, laman rumahnya mesti dihiasi pokok hiasan dan dilengkapkan dengan rumput yang menhijau sentiasa.


Bilangan mereka yang terlibat perniagaan tanam rumput juga terhad.  Masalah keluasan tanah. sumber manusia dan biji benih yang selalu menghantui.

Kita mesti mempunyai kawasan yang luas untuk kepingan rumput disemaikan dan disiramkan air sentiasa. Sehingga setiap kepingan rumput menyubur hijau. Baru rumput ini dikeluarkan dan dijual.

Sumber manusia amat perlu untuk menguruskan proses penyemaian dan penyuburkan kepingan rumput . Kos sumber manusia mesti lah yang serendah mungkin. Kita dapati penggunaan tenaga asing amat diperlukan.

Benih rumput adalah diimport dan bekalannya adalah terhad. Jika bekalan yang sering tidak cukup, akan mengganggu perjalanan projek.

Sekian,terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul