Diari Tani-Cantasan Penjagaan Mangga

                                         


Cantasan :
Cantasan pada dahan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya pokok mangga. 

Di peringkat permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok mangga dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan pengeluaran buah yang baik. 

Pokok mangga yang matang perlu dicantas selalu supaya dapat mengurangkan pertumbuhan dahan dan daun yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang maksima.

Hasil kesan cantasan:
Pokok mangga yang ditanam boleh  berbuah dengan lebat, ia sentiasa memerlukan penjagaan sempurna, selain teknik cantasan yang betul  untuk  menjadikannya pokok berbuah lebat.

Apabila lebih sedikit dahan dan daun yang ada di pokok mangga,  lebih banyak buah yang dapat dihasilkan oleh pokok mangga.

Jika terlalu banyak dahan dan daun pada pokok mangga (mabuk daun), banyak nutrien daripada pokok mangga akan disalurkan kepada daun berbanding penghasilan buah.

Jika lebih banyak daun, bermakna lebih sedikit buah yang akan dihasilkan oleh setiap pokok mangga itu. Pembajaan juga dititik berat agar menjadiakan pokok mangga berbuah lebat


Artikel Menarik
Buah Mangga
Sekian, terima kasih


IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

Diari Tani- Hapus Perosak Tanpa Kimia

Ku nak tahu:
    

  

Sekian, terima kasih



IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

Diari Tani- Potensi Ikan Puyu


Ku nak tahu

     
 


Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak.Ikan puyu mempunyai ketahanan lebih tinggi dibandingkan kepada ikan keli dan ikan haruan.

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama bagi ikan puyu.

Ikan puyu bersisik dan bersirip keras memudahkan  bergerak di atas tanah yang berair.

Pada musim hujan kebanyakkanya ikan puyu akanberhijrah dengan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Ikan puyu sejenis ikan yang suka berhijrah ke kawasan baru.Di kawasan berhampiran dengan paya atau ketika air banjir surut, kelihatan ikan puyu merayap jauh di atas jalan atau rumput.

Ikan puyu juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Khasiat ikan puyu bergantung sumber makanan disekeliling habitat.

Ikan puyu yang tinggal di sawah dimana padi dimakan oleh ikan puyu , mempunyai isi lebih lazat. Kebiasaan saiz ikan puyu agak gemuk dan berlemak.

Ikan ini dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita.

Potensi ikan puyu
Ikan puyu mulai diternak secara komersial memandangkan terdapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pemborong dan pengusaha industri makanan seperti kedai makan, restoran, hotel dan pasar borong.

Perniagaan ikan perkasam juga memerlukan ikan puyu sebagai sumber pilihan. Malahan ada yang mengemari perkasam ikan puyu.

Berpotensi tingi untuk diusahakan kerana ikan puyu  adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana  ikan ini tahan lasak (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan sumber makanan diberikan.

Habitat
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama ikan puyu.

Ikan puyu ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. Apabila dipancing sesuatu kawasan, hanya ikan puyu yang diperolehi.Umpan digemari seperti anak kerengga, belalang padi, ulat lundi , ulat buluh dan kelkatu.

Ikan puyu boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air.

Ikan puyu akan perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Ikan puyu sangat aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit.

Sekian terima kasih
 
IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

Diari Tani- Tomato Malaysia

KU nak tahu:
          
         

Diari Tani- Kelapa Matag

Ku nak tahu:  

 

Kelapa Matag

Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'

Kelapa Matag  mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa tua.

Perniagaan air kelapa muda amat memerlukan bekalan kelapa muda yang tetap. Kelapa matag yang mampu mengeluarkan hasil yang cepat.  
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.



KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA

Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang.  

Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.  Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa.  

Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC.  Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.

Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%.  

Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut.  Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.

Faktor Tanah

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. 

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Cendawan

Ku nak tahu:

   

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Terung Bulat

Ku tanam sendiri.

Sumber benih: Terung bulat Thailand

Benih terung bulat 

Maklumat benih .....tidak faham dlm bahasa Thai

Terung bulat

Bentuk biji terung

Diari Tani- Tanam Kacang Panjang

Ku tanam sendiri:

Sumber benih: Long Bean ( Kacang Panjang)

NING DE AGRICULTURAL & SEEDS LTD

Benih dibeli

Maklumat benih

Bentuk biji benih kacang panjang

Bertompok putih dan merah


Jaring tanaman disediakan

Daun membesar dengan melebar


Sedang berbunga
Putik kacang telah kelihatan

 Berbuah dengan lebih panjang

Cara menanam Kacang Panjang

Mula-mula gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. 

Kemudian isikan polibag saiz untuk tanaman anak kelapa sawit  dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  

Pilih dan tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm (1 inci).  Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.


Kayu Penyokong
Pokok kacang panjang memerlukan junjung untuk memanjat.  Junjung / penyokong yang dibuat daripada kayu perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki).  Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan. 

 Jangan lupa menabur 1 sudu teh (5 kg) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.


Sekian, terima kasih


IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***



Diari Tani- Petola Ular

Ku cuba tanam:

Sumber Benih: Petola Ular (Snake Gourd)

NING DE AGRICULTURAL & SEEDS LTD

Benih yang dibeli

Maklumat benih

Bentuk biji

Bunga petola ular

Putik petola ular

Lurus dan panjang

Daun yang melebar tanda kesuburan

Pokok Petola Ular atau nama saintifiknya Trichosanthes cucumerina merupakan sejenis buah yang dikelaskan sebagai sayuran.

Iklim dan Tanah

Pokok petola ular memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas. 

Petola ular  amat sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tanah gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  

Kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

Penanaman

Batas Tanah
Tanah dibajak dan gemburkan  sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. 

Pengemburan tanah dengan menggunakan cangkul atau trektor.  

Batas dibuat dengan berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  

Baja asas digaulkan bersama tanah seperti tahi ayam reput  ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  

Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.

Tips Tanaman
Petola ular dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  

Sebelum menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih. 

Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  

Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih diperlukan.   

Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.

Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam. 

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak terganggu.

Membalut Buah

Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Kawalan Serangga / Penyakit

·         Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.
·         Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.
·         Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.
·         Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.


Sekian, terima kasih 



IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul