Diari Tani- Tanaman Labu

Ku nak tahu:

Kita sedia mengetahui  tanaman labu  adalah sejenis tanaman yang menjalar dan mempunyai sulur paut.  

Tanaman labu  pada kebiasanya merayap di atas tanah. 

Akan tetapi tanaman labu mampu  memanjat pada kayu penyokong menggunakan sulur pautnya.  

Oleh kerana tanaman labu adalah  sejenis tanaman yang  merayap, ia memerlukan kawasan yang luas. Tanaman labu memerlukan nutrien yang banyak untuk membentuk batang dan daun yang melebar besar disamping mengeluarkan buah yang besar. Tanaman labu amat memerlukan  di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus tanpa halangan.

Khasiat yang diketahui dalam buah labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C. 

Tips tanaman labu:
Dengan menanam dua biji benih ke dalam satu lubang pada  batasyang dibentuk.

Benih tersebut dikambus sedalam 1-2 cm dengan tanah.

Digalakkan jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris kerana tanaman labu memerlukan kawasan yang luas dan dapat mengelakkan persaingan.

Apabila tanaman labu sedang membesar  di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas ia ditanam,

Dipilih salah satu anak pokok pada  satu lubang.Pilih yang sihat dan cergas.


Tips pembajaan :
Digalakkan penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.

Boleh menjimatkan kos pembajaan.

Tahi ayam reput
NPK 12:12:17:2+TE

Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik.  Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.

Kaedah penyiraman air:
Tanaman labu amat sesuai dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Pendebungaan Berbantu
Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah.

Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur.

Bunga labu manis didebungakan oleh serangga yang berterbangan seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu.

Jika  racun serangga kerap disembur ke tanaman labu, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.

Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka.

Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan dengan cara melaga-lagakan kedua-dua bunga betina dan jantan secara berpusing.

Bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.Lebih baik bunga jantan dari varieti labu hyrid untuk mempercepatkan pertumbuhan.

Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.

Jenis Penyakit dan Perosak
1.      Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin)
Kawalan:
Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali.

2.      Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)
Kawalan:
Musnahkan pokok dan buah yang diserang.  Sembur dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu.

3.      Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air)
Kawalan:
Gunakan biji benih yang sihat.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Pastikan saliran elok di kawasan tanaman.

4.      Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun).
Kawalan:  Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit

5.      Hawar Daun (Merebak melalui angin)
Kawalan:
Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit.  Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu.


Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam.

Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning.  Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.

Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji.  Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik. Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari.

Kawalan Rumpai
Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering.

Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul