Diari Tani- Panduan Tanam Betik Di Tepi Rumah


Ku nak tahu:


pokok betik 

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara asean termasuk Malaysia. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.

Pokok betik  adalah tumbuhan dengan batang lembut dan bergelonggong mampu tumbuh sehingga 7 meter. Betik ditanam di kawasan tropika dan subtropika. Rasa dan bentuk berbeza mengikut baka asli atau hibrid. 
Betik yang telah masak ranum amat sesuai  dimakan terus atau dibuat jem dan sos.

Betik yang muda atau belum matang sesuai dibuat jeruk dan rojak. Di thailand, betik muda merupakan ramuan utama menghasilkan 'som tam'. sejenis makanan yang menarik.


Betik amat sesuai  ditanam di kawasan rumah dan kawasan sentiasa menerima cahaya matahari. Pokok betik mampu menghasilkan  buah dihasilkan sepanjang tahun. Pokok betik mengeluarkan buah  secara tidak bermusim. asalkan pokok cukup baja, air  dan cahaya matahari

Pokok betik boleh  menghasilkan buah yang banyak . 
Pelbagai varieti Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.
Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging.

Cara penanaman pokok betik

1.Menyemai
Semai biji benih betik secara terus ke dalam plastik polibeg bersaiz 15cm X 23 cm. Isikan tanah dengan nisbah berikut: Pasir 50%, baja organik (tinja ayam) 25% dan tanah atas (topsoil) 25%. Semaikan 3 biji benih dalam satu polibeg. 
Selepas sebulan menyemai, patahkan anak benih yang kurang elok ( pilih anak pokok yang paling besar atau nampak segar). Biarkan hanya satu anak pokok yang terbaik dalam satu polibeg.

2. Pindah anak pokok
Selepas 8 minggu, alih anak pokok ke tanah. Jarakkan antara pokok antara 2 hingga 3 m. Merumput Jangan merumput terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana akar anak betik mudah cedera. Gunakan sungkup (mulch) untuk elakkan rumpai tumbuh.

3. Pembesaran dan Penghasilan Buah
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan. Buah lebat kira-kira 3 bulan sekali. Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan. 

Jangan lupa menabur baja NPK dan baja buah untuk pembesaran pokok.

Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan. Jangan tunggu sehingga buah ranum kerana burung suka memakan buah betik yang ranum. 

Sekian dulu, terima kasih



PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul