Diari Tani-Rendamkan Biji Benih dengan Air Suam Kuku

KU baru tahu:

Apabila kita membeli biji benih , kadang  kita tidak sedar bahawa biji benih telah lama dipek kan atau dibungkus.

Ini menandakan kualiti biji benih semakin menurun dan kadar percambahan semakin rendah.

Untuk memulihkan  biji benih tersebut,

1.Mula-mula biji benih tadi diletakkan dalam bekas khas berisi kapas.

2.Biji benih tadi disiram air bersuhu suam kuku.

3. Haba yang rendah dapat meningkat kadar percambahan disamping membantu biji benih bangun dari lena yang lama.

4.Ditaburkan sedikit racun kulat untuk kawalan kulat. Elakkan penyakit serat akar

5.Dibiarkan biji benih tersebut sehingga mula pecah kulit atau berakar halus.

6.Sudah kelihatan akarnya. boleh dipindahkan ke dalam medium tanaman untuk pembesaran anak pokok

Sekian, selamat memcuba

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani-Jangan Seret Tray Semaian Benih

KU baru sedar:

KU baru ada menanam anak timun batang kat kebun . Kawan KU tegur cara KU pindah kan anak pokok.

Kawan KU beritahu bahawa cara yang sebenarnya adalah:

1. Kita mesti ingat bahawa akar anak pokok berwarna putih susu merupakan kompenan yang penting sekali.
Ia merupakan nyawa dan tanda kesihatan pokok yang baik.

2. Akar yang galak dan melilit di sekeliling medium menandakan anak pokok ini amat baik untuk di tanam.

3. Apabila memindahkan bekas  tray anak , jangan sekali-kali seret kan bekas. Ini akan medatangkan risiko kerosakkan akar putih susu yang tinggi ( akar yang bertugas mencari makanan kepada pokok).

4. Seboleh-bolehnya kita hanya angkat sahaja bekas tray anak tersebut. Mungkin kita terdengar bunyi seakan-akan 'tash'


5. Kaedah ini dapat mengurangkan kerosakan kepada anak pokok.

6. Lebih baik jika kita menyiramkan sedikit air dan dibiarkan selama 10 minit. Akar tadi menjadi lembut dan kurang putus.

7. Ini mengurangkan kadar kejutan (renjatan ) apabila anak dipindahkan kepada batas.

Selamat mencuba

Sekian terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani - Panduan Tanaman Jagung Di Tepi Rumah

KU nak tahu:



Ku cadang nak tanam jagung di tepi rumah sekadar dapat sara diri , dapat rasa hasil deytik peluh sendiri.

Mula -mula satu pek kecil benih jagung hidrid direndamkan dalam piring , sekadar gunakan air suam untuk mengaktifkan  benih tersebut.

Biarkan benih memecahkan kulitnya dan menampakkan akar.

Benih tadi mula berakar panjang......KU pindahkan pula ke dalam tray hitam berlubang kecil berisi medium tanah hitam.


PENANAMAN

Penyediaan Tanah
 
Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini.
 Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini.  
Tnah dibajak dan gemburkan  sedalam 15 hingga 25 cm.
Kapur ditabur sekiranya pH tanah didapati rendah.
Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai.
Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.
Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun.
Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat.


Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.  


Menanam
Biji benih direndam dalam air biasa( lebih baik air agak suam) selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. 
Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang.  Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam.
Lubang dibat untuk biji benih dengan menggunakan tugal.  Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.


Pengairan
Sistem renjis boleh digunakan.  Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat.


Pembajaan
Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.  Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.


Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting.  Racun  pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh.  Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual.


Sekian dulu  , terima kasih

Diari Tani- Pangkasan Semula Pokok Terung

KU nak mencuba:

Mungkin kita ada menanam pokok terung yang telah ditanam lama.

Pokok terung kelihatan kurang bermaya. Kurang daun dan berbuah kecil.

Disini ada cara untuk menyuburkan kembali pokok terung tadi.

1. Mula kita pangkas pokok terung tadi , dahannya dibuang dan tinggalkan batang besar shj.

2.Kemudian tanah sekeliling pokok terung digemburkan , tanah ditambahkan di atas akar pokok terung yang kelihatan timbul di permukaan tanah.

3.Di taburkan baja (kimia atau organik ) pada tanah bergembur.

4. Disiramkan pokok terung setiap hari agar mengalakkan pertumbuhan akar dan daun.

5.Pokok terung tadi akan berbuah kembali dan dipastikan pusingan baja setiap minggu sekadar diperlukan.

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani - Penyakit Keriting Barah bagi Pokok Lada

KU belajar:

Setelah hampir 3 bulan menanam lada kulai dan lada solok, penyakit kerinting lada amat sukar sekali dirawat.

Peringakt awal,   pokok lada ada tunjuk tanda-tanda daun menjadi kerinting , KU cantas pucuk dan daun tadi. Biarkan ia tumbuh kembali.

Seminggu kemudian pucuk lada baru masih tunjuk kerinting.

Ingat mula-mula kene penyakit hamma......rawat racun hamma telah dilakukan.

Hasilnya pokok lada kulai ada tunjuk tanda  pemulihan tapi kadar daun yang rosak adalah tinggi. Pokok terpaksa mengambil masa untuk  berpucuk baru.

Bagi pokok lada solok , penyakit kerinting memang tak dapat dirawat dengan sempurna. Pokok menjadi terbantut dan daun menjadi halus semacam daun rumput.

Hanya sedikit pokok yang dapat berpucuk baru.

Langkah terakhir, Ku terpaksa musnah pokok lada yang kerinting walaupun sedikit.

Akhirnya banyak perkara KU timba pengalaman dalam tanaman lada:

1.  Kos merawat lebih mahal dari kos mencegah.

2. Kerinting adalah barah pokok lada. Tiada ubat untuk menyembuh penyakit barah

3. Bagi tanaman batas tanah, pokok lada membesar dengan produktiviti tinggi tapi kawalan penyakit bermula dalam tanah amat sukar.

4. Tanaman memerlukan suasana kandungan tanah yang amat sesuai, (Humus, baja dan sistem pengairan yang baik )

5. Anak lada perlukan teduhan selama sebulan lebih untuk membesar.

6. Lada kulai agak mampu membesar dalam tanah agak berpasir.

7. Lada memerlukan kawalan hamma, racun serangga, kulat dan rumpai yang teratur agar kesihatan pokok.

8.Lada memerlukan jadual kerja yang teratur agar penjagaan lada yang maksimum 

9. Digalakkan guna benih lada tempatan untuk rentangan peyakit dan suhu cuaca tempatan

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Panduan Tanaman Tembikai Di Tepi Rumah

KU pernah buat:

Untuk menanam tembikai di tepi rumah, kita hendaklah mengikuti tips di bawah:

1. Beli 1pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning.
Kerana tembikai merah sebagai pokok yang menghasil buah dan bunga tembikai kuning dalam proses    pembungaan.

2. Benih ini akan direndamkan dengan sedikit racun kulat bercampur racun serangga.Disemaikan  anak benih tadi dalam bekas semaian terisi tanah medium tanaman.

3. Manakala satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki bertinggian 6 inci digembur kan, Tanah busut hendaklah mengandungi bahan reputan organik( daun reput),dan  ditaburkan baja organik ( najis haiwan).
Pastikan busut ini tidak terlalu terlindung dengan cahaya matahari.

4. Anak benih akan tumbuh dan mengeluarkan daun muda. Kita siram ia agar sentiasa lembap sehingga pokok mula berdaun 6 dan mula berjalar.

5.Kita ambik satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning di tanam bersebelahan. Siramkan kedua-kedua anak pokok.

6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga amat banyak. Tembikai merah masih lagi menjalar dan mengeluarkan bunga sedikit.

7.Jika terdapat putik buah sulung tembikai merah di pangkal pokok hendakalah dibuang. Jangan runsing , kerana apabila pokok mula menghasilkan buah sulung sebenarnya banyak menggangu pembesaran pokok itu sendiri.

8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning tadi dan digeselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan perlahan-lahan.

9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah buah dengan kadar yang cepat. Boleh di taburkan baja kimia disekeliling pokok dengan kadaran sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.

10. Pokok memerlukan siraman yang lebih kerap untuk membesarkan buah tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8 kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.

11. Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan berbunyi bok-bok menandakan ia akan masak.Ia sesuai untuk dipetik.

Tips ini boleh difahami di Tanam Tembikai

Selamat mencuba.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Panduan Tanam Pisang di Tepi Rumah

KU nak belajar:



Iklim dan tanah untuk tanaman pokok pisang

Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang.  Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata.  Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang.  

Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok.  

Jangan tanam pokok pisang di atas tanah yang bertakung air.

Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang.  Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%.

Pokok  pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.

Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka.  

Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi.  Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.

Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. 

Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok.  Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.  Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.


Pembajaan:

Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.




Pemangkasan Sulur:

Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. 

Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. 

Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan.  

Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.

Cantasan Pelepah:

Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman.  Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.

Menyokong Pokok:

Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.

Pembungkusan Tandan Pisang:

Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang.  Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong.  

Dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.

Sebelum pembungkusan, jantung piasng  perlu dipotong terlebih dahulu. 

Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas.  Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.




Tips:.

1. Sekiranya kita pilih anak benih bersaiz pangkal lebih kurang 6 inci diameter diambil dari kebun lain, mula-mula batang anak benih dipotong sehingga 2 inci atas dari paras umbi akar benih tadi.

2. Kita hendaklah potong akar nya sehingga tingal 2 inci panjang sahaja. Kita tidak risau, akar baru akan tumbuh segera.

3. Lubang tanaman mesti tanah bergembur sikit agar akar anak benih cepat membesar.

4. Kita boleh ditanam anak benih tadi dengan kedalam mengikut paras umbi atau lebih sikit dalam 2-3 inci.

5. Kambuskan anak benih tadi dan disiram kan pada peringkat awal.

6. Anak pisang akan segera mengeluarkan pucuk baru dan membesar.

7. Gemburkan tanah lebih kurang sebulan kali. Gembur kedalaman 4 inci dan lebih lagi baik .

8. Pokok pisang semakin membesar ,kawalan jumlah tunas dilakukan tinggal 2 mata tunas dengan berbeza tempoh pembesaran.

9.Taburkan baja - digalakkan baja organik,buahnya lebih sedap.kurangkan baja kimia untuk elakkan buah pisang menjadi seakan keras( Kerang isi)

Sekian dulu ,Selamat mencuba

Diari Tani-Cantuman Baji

KU nak cuba buat:

Cantuman baji amat berguna kepada petani kerana ia memberi kelebihan dalam penghasilan produktiviti.

1. Tunas pokok terpilih yang diperolehi, yang dipercayai mengeluarkan hasil yang baik . Ini diukur mengikut induk pokok asal.

2. Proses permatangan pokok yang cepat diperolehi, pokok akan cepat berbunga atau berbuah walaupun saiz pokok masih kecil dan muda. Tidak perlu menunggu mendapatkan hasil.

3. Akar pokok penanti masih muda dan aktif untuk membesar dengan baik. Berbandingkan pokok yang ditutkan pada bahagian dahan, pokok cantuman baji mempunyai akar tunjang dan tahan hakisan tanah atau angin kuat.
 
4. Ia biasa digunakan pada jenis pokok berbuah seperti durian.

Teknik kita belajari mengikut tips dibawah:

1. Baji
2. Baji

Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul