Diari Tani- Panduan Tanaman Bunga Ros Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:
Bunga ros
Bunga ros merupakan sejenis tumbuhan  berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah.

Bunga ros merupakan tanaman yang cantik dipandang tetapi tanaman yang amat mudah diserang penyakit .

Penyakit yang selalu menyerang  pokok bunga ros ialah:

1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.

Kawalan  penyakit - Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan. 

Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu,  di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros .

2. Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.

Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah. 

Info:

Pokok bunga ros amat sesuai dibajai dengan baja najis ayam. 

Pokok bunga ros akan jadi subur dan tinggi, berbunga lebat dan besar.

Pokok bunga ros juga perlu dibajai dengan  baja tambahan seperti kulit udang, kulit buah pisang,kulit telur ,air basuhan ikan.

Kegunaan perubatan- merawat luka gigitan seranga, masalah jerawat, menurunkan panas badan kerana campak, merawat penyakit paru-paru, batuk berdarah, mengatasi sembelit, bengkak payudara, merawat radang usus dan mengelakkan masalah penyempitan pembuluh darah.



Cara menanam bunga ros


Antara tips-tips bertanam ros :


1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. , air, matahari & sumber nutrien baja.


2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang.
Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.

Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai. 


3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. 
Air basuhan beras dan  ikan  diletakkan  bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. 

Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 


4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 


5) Paling penting, pokok bunga  ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga. 

Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.


6) Jika kelihatan daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang berkurangan  membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.



Sekian dulu, terima kasih 

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI