Diari Tani- Panduan Penanaman Labu Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:



Tanaman Labu Manis banyak diusahakan oleh petani panatai timur. Tanah beris yang agak berpasir amat sesuai dengan tanaman labu.

Tanaman labu selalu ditanam selepas tanaman tembakau diusahakanoleh petani. Buah labu selalu dijadikan ramuan  masakan gulai kawah atau pengat labu.  Sira labu juga menggunakan belahan buah labu yang dibelah, direbus dan disiram dengan pekatan gula.

Percayai  tanaman labu  berasal dari Amerika Tengah.

Tanaman labu memerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik.

Tanaman labu memerlukan  suhu yang sesuai ialah 25-35oC pada waktu siang dan 18-22oC pada waktu malam.

Hujan minimum sebanyak 380 mm semusim amat diperlukan oleh tanaman labu.

Hujan lebat yang menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini.

Tanaman labu amat terganggu dengan cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya merendahkan hasil.

Tanaman labu amat sesuai dengan tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi seperti negeri-negeri pantai timur.

Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik.  Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi penanaman hendaklah dibuat di atas batas.

pH yang paling sesuai ialah diantara 5.5 - 6.8.  Kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang rndah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah.

Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tan sehektar manakala tanah gambut memerlukan 3 - 7.5 tan sehektar.

Panduan penanaman labu

Tanah dibajak piring diikuti dengan sekali atau dua kali bajak putar.

Menggunakkan bajak mata piring seeloknya dilakukan sebulan setengah sebelum menanam dan bajak putar pertama dua minggu kemudian iaitu selepas penaburan kapur.

Kemudian  tanah dibajak mata  putar kedua dibuat 1-2 hari sebelum menanam.  Kedalaman bajakan ialah 20-30 cm.

Bagi kawasan yang paras airnya tinggi, batas yang bersaiz 1.2 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjang mengikut tanah perlu dibuat.  Jarak diantara batas ialah 1.2m dan jarak antara tengah batas ialah 2.4m.

Pemilihan  Benih:

Biji benih perlu dirawat dengan rawatan kering menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g thiram bagi 1000g biji benih.

Penanaman:

Dua biji benih ditanam dalam selubang terus ke batas.

Biji benih dikambus sedalam 1-2 cm dengan tanah.
Jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris.
Apabila pokok sudah tumbuh di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas tanam, tinggalkan sepokok selubang.
Dengan jarak ini menghasilkan 3400 pokok sehektar.

Pembajaan:
Penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap.

Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik.  Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.

Pengurusan Air:
Tanaman labu boleh dengan sistem menyiraman atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.

Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Pendebungaan Berbantu

Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah.  Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur.

Debunga dari kultivar yang sama adalah serasi.  Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu.

Sekiranya racun serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.

Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka.

Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan.

Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.  Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.


Kematangan Dan Pengutipan Hasil

Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam.

Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning.  Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah.

Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji.  Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik.  Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari.

Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan.

Kawalan Rumpai

Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering.

Jika perlu racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum berbuah.

Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Ini berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan.

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul