Diari Tani- Panduan Tanam Peria Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:

Buah peria

Peria adalah sejenis tanaman yang bersifat memanjat dan banyak  ditanam di  Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain, China, dan Kepulauan Caribbean. 

Buah peria bewarna hijau dan bertukar menjadi kuning apabila masak. 

Buah peria dimakan mentah rasanya pahit dan sesuai dibuat ulam.

Ada dua jenis peria, iaitu yang bersaiz besar dan bersaiz kecil. Peria bersaiz kecil dikenali sebagai peria katak.

Dipercayai buah peria mampu mengawal penyakit kencing manis jika dimakan secara berterusan walaupun sedikit. 


Panduan tanaman peria

Penyediaan batas
Tanah diolah , digemburkan dan dibentukkkan untuk membuat batas. Ini akan menggemburkan tanah dan membekalkan udara ke dalam tanah yang telah dironggakan. 

Tanah ditaburkan dan campurkan dengan tanah kompos agar sumber nutrien semulajadi dapat dibekalkan. Jika suka menanam tanaman dalam pasu besar, gunakan tanah kompos sepenuhnya dalam pasu tersebut.

Menyemai biji benih
Biji benih peria tadi direndamkan dalam air selama 6 jam. 
Kemudian benih ditanam ke dalam lubang sedalam 5cm (2 inci). 
Bagi tanaman  di atas batas, jarakkan benih kira-kira 50cm (20inci).
Susulannnya  benih tadi hendaklah sentiasa disiram setiap hari.
Benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 4 hari kemudian.

Tiang/kayu pancang
Apabila anak pokok peria mengeluarkan sulur paut, iaitu bersedia untuk memanjat. 
Kayu pancang disediakan dan diikatkan  pukat atau ikat tali seakan-akan bentuk pukat untuk membantu pokok peria memanjat dan memdapatkan cahaya matahari.

Pembajaan
Pokok peria lebih sesuai dibajakan  menggunakan baja organik selepas 5 minggu. Baja kimia boleh digunakan.

Merumput
Rumput rumpai yang tumbuh berdekatan dengan pangkal pokok untuk mengelakkan persaingan merebut nutrien.

Berbunga dan berbuah
Pokok peria akan berbunga selepas 40 hari disemai. Terdapat dua jenis bunga. Bunga betina mempunyai putik buah dipangkalnya.Kemudian kelihatan putik buah hasil pendebungan oleh serangga seperti lebah.
Buah peria amat sesuai dipetik ketika kulitnya berkilau sebelum ia masak.

Penyakit
Lalat buah suka bertelur dalam buah. Ini menyebabkan buah berulat. Lalat buah adalah musuh utama dalam tanaman buah peria.

Kaedah kawalan adalah  balutkan  buah dengan kertas.Selain ada menggunakan perangkap mengunakan sejenis bauan wangu untuk membunuh lalat buah.

sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul