Diari Tani- Panduan Penanaman Kelapa Pandan Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:




Kelapa Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. 

Keistimewaan pada kelapa pandan  ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.

Ketinggian pokok kelapa pandan  boleh mencapai sehingga 6 meter.  Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.  

Penanaman kelapa pandan  boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m.  

Pokok kelapa pandan  mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.

Pokok kelapa pandan  ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.  

Pokok kelapa pandan  mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun.  Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. 

Bermula pokok kelapa pandan berumur  setahun ke (tahun ke 13),  ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.

Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun.  Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.  Anak kelapa pokok kelapa pandan boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.  




Faktor Iklim Kepada Tanaman Kelapa Pandan

Tanaman kelapa pandan  tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang. 

Tanaman kelapa pandan memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.  

Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa pandan. 

Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC.  Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.

Tanaman kelapa pandan memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%. 

Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut.  

Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.

Faktor Tanah

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. 


Sekian dulu, terima kasih



Artikel Menarik

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul