Diari Tani- Kenapa Tanah Terbiar

KU perhatikan jua:

Semakin hari, jumlah tanah pertanian di negara semakin mengecil.

Tanah pertanian tealah banyak bertukar status kepada perumahan, perindustrian dan komersial.

Tapi kadar permintaan terhadap hasil pertanian kian meningkat berdasarkan peningkatan jumlah penduduk.

Penggunaan tanah pertanian yang terhad harus digunakan dengan bijak dan ekonomi.

Oleh itu , kita harus memahami pemasalahan tanah terbiar yang sering kita temui:


KAJIAN mendapati masalah tanah terbiar berlaku disebabkan faktor berikut:

a) Tiada berminat mengusahakan tanah berkenaan.
         - pemilik tanah tidak mempunyai perancangan masa depan tanah nya dikomersial kan.  Tiada generasi muda yang berminat.
   
b) Tiada modal memulakan aktiviti pertanian atau penternakan.
         - Modal yang tinggi dan untuk memulakan aktiviti ini selalu menjadi batu penghalang besar. Kebanyakkan petani tiada kertas kerja yang kemas dan baik untuk menyakin kan pihak bank.
         - Pihak bank mengenakan syarat pembayaran balik yang tinggi kerana pertanian mempunyai risiko yang tinggi.
         -Memerlukan sumber kewangan bagi upah yang tinggi kepada pekerja dan jentera di peringkat pembukaan tanah pertanian.

c) Tiada kemahiran menjalankan aktiviti berkaitan.
          -Kebanyakkan petani tidak mempunyai kemahiran tinggi mengenai pertanian berprestasi tinggi. Sekadar mewarisi ilmu temurun  dan pengalaman sendiri.

d) Tiada kepakaran menjalankan perniagaan berkaitan pertanian atau aktiviti yang diceburi.
         -Memahami pasaran pertanian adalah mencabar kerana harga nya selalu turun dan naik secara mendadak.
          - Lambakkan bekalan sering menjadi petani sengsara akibat pendapatan tidak sepadan usaha keras.


Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Diari Tani- Panduan Menanam Jagung Manis di Tepi Rumah

 KU ingin tahu:


Pokok jagung


Jagung (bahasa Inggeris: maize) merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays.

Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan

Permintaan terhadap jagung manis adalah tinggi.

Jagung selalu dijadikan snek atau makanan sampingan dlam masyarakat kita.

Golongan petani menjadikan tanaman jagung sebagai tanaman sampingan selepas tanaman utama diusahakan seperti padi atau tembakau.

Tanaman jagung mudah diusahakan dan dipasarkan.

Tanaman jagung memerlukan tanah yang sentiasa bergembur.

Tanaman jagung perlu dibaja setiap minggu untuk memastikan mutu yang baik.

Artikel Menarik

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul