Diari Tani- Fertigasi Gantung
Fertigasi gantung merupakan satu kaedah menanam dengan menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para.
Para yang dibina dengan menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani.
Kaedah fertigasi gantung ini didorong oleh kenaikan harga baja berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
Kesukaran mendapatkan tenaga buruh juga merupakan faktor yang menyumbang kepada tercetusnya idea tersebut.
Melalui kaedah fertigasi gantung, kebanyakan kerja-kerja operasi di ladang yang sebelumnya memerlukan tenaga kerja yang ramai dapat diminimumkan melalui penggunaan jentera ladang.
Pada kebiasaannya, bagi setiap hektar tanaman sayuran secara konvensional memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang tenaga buruh,
Melalui kaedah fertigasi, hanya dua orang pekerja sudah memadai bagi menguruskan kawasan tanaman sehingga empat hektar keluasan.
Kaedah fertigasi gantung ini berjaya mengurangkan pembaziran bahan input pertanian kerana penggunaan baja yang tidak efisien.
Pemberian larutan baja pada kadar yang ditetapkan akan diserap terus oleh pokok dan ini menggalakkan penyerapan baja oleh pokok secara optimum.
Sistem fertigasi gantung didapati amat bersesuaian diusahakan di atas tanah bermasalah seperti berasid, bekas lombong, bris dan kawasan yang berisiko ditenggelami banjir kilat.
Kaedah ini juga tidak memerlukan proses penyediaan tanah seperti pengapuran dan penggunaan baja organik dilaksanakan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bahan input dan kos tenaga kerja.
Projek tanaman boleh dilaksankana sepanjang tahun tanpa mengira musim dan tidak perlu risau berlakunya banjir atau masalah ketidaksuburan tanah.
Pengusaha mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik disebabkan oleh peningkatan hasil pengeluaran melalui penggunaan baja yang lebih efisien.
Jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan , mengurangkan risiko kerosakan tanaman akibat banjir, serangan perosak serta penyakit soil borne.
Kos kawalan rumpai juga dapat dikurangkan sehingga 50 peratus apabila sepanjang hayat tanaman kawalan rumpai perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sahaja.
Kerja-kerja penjarangan tanaman dan kutipan hasil juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan efisien.
Kos permulaan Fertigasi Gantung agak tinggi tetapi , kos pengeluaran pusingan seterusnya adalah lebih rendah kerana hanya melibatkan kos operasi dan bahan input sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERIBADI
Tanah Bercangkul
Create Your Badge
Create Your Badge
Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
DIARI TANI
-
▼
14
(110)
-
▼
Sept
(23)
- Dairi Tani- Pokok Jarum Tujuh Bilah
- Diari Tani-Kaedah Cantuman Baji
- Dairi Tani- Kenali Varieti Kelapa
- Diari Tani- Pokok Kelapa
- Diari Tani- Pokok Kundang
- Diari Tani- Tanaman Buah Pala
- Diari Tani- Serai
- Diari Tani- Cara Mengusahakan Pisang
- Diari Tani- Cara Mengusahakan Tebu
- Diari Tani- Pokok Mangga Terbaik
- Diari Tani- Kenali Kelulut
- Diari Tani - Maklumat Cendawan
- Diari Tani- Semaian Batang Pisang
- Diari Tani- Buah Tampoi
- Diari Tani- Pokok Terung Telunjuk
- Diari Tani- Kenal Pokok Bidara
- Diari Tani- Rancang pertanian anda
- Diari Tani- Kaedah yang betul membaja pokok
- Diari Tani- Bonsai Cili ....ya ka?
- Diari Tani- Hidrogel dari pampers anak
- Diari Tani-Baja BPT
- Diari Tani-Buangan sisa dapur sebagai baja tanaman
- Diari Tani- Fertigasi Gantung
-
▼
Sept
(23)