Diari Tani- Penyediaan Anak Benih

KU baru tahu:

Penyediaan anak benih paling kritikal kepada usahawan tani. Boleh diandaikan seolah- olah pemilihan anak benih yang wajib tepat.

Pelbagai maklumat tentang benih perlu diambik kira. Seperti maklumat benih tersebut pada pembungkusnya. Usahawan tani perlu tahu asal usul benih kerana setiap benih mempunyai kekuatan atau kelemahan nya yang tersendiri. Sesetengah benih import tidak mampu memyesuaikan diri dengan suhu atau cuaca tempatan. Oleh itu soal mahal atau murah harga benih bukan jaminan kepada kejayaan sesuatu projek pertanian.

Maklumat dari usahawan tani lain perlu diambil kira kerana mereka ada pengalaman dalam penanaman terhadap benih yang dipilih. Kejayaan atau kegagalan mereka perlu , usahawan tani ambil kira untuk mengenalpasti kelebihan benih itu secara menyeluruh  

Cara menyemaian benih juga penting, Benih perlu disemai dalam medium hitam atau tanah bergembur sabut. Benih akan mula bercambah , akan menunjukkan sifat bersaingan di antara satu sama lain. Usahawan tani akan sedar bahawa benih yang baik akan membesar dengan cepat . Benih ini wajib dipilih dan diasingkan dari benih yang rosak. Benih yang baik dan bermutu diperhatikan pada batang dan daun. Berbatang gemuk dan berdaun hijau gelap.

Elak benih kekurangan cahaya , air dan baja. Jika benih dibiarkan membesar kurang seimbang , ia akan seakan taugeh......berbatang panjang mengejar matahari. Benih sudah rosak.

Rumah khas untuk penyemaian benih perlu dibina.Suasana nya perlu terkawal. Proses penyemaian benih amat kritikal. Suhu tidak terkawal boleh merosakkkan kadar pencambahan benih. Seranggan perosak perlu dielakkan .

Kawalan racun kulat dan serangga perlu dibuat. Benih terlebih dahulu direndam bersama-sama racun kulat. Apabila anak benih mula berdaun , racun serangga pula disembur .

Elak membawa anak benih berpenyakit ke dalam ladang. Akan merosakkan pokok yang lain.Elakkan risiko kerugian.

Jika ada sebarang gangguan penyediaan benih , jadual penanaman usahawan tani akan berubah secara keseluruhan nya. usahawan tani tidak dapat mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Berdasarkan, pengalaman KU sendiri menjalankan projek lada secara tanaman batas. .......Perlu kenal pasti benih lada import atau tempatan.


Boleh teknik ini.
1. Semaian A

2. Semian B

Memang diakui benih import dijanjikan hasil yang tinggi seperti dalam iklan. Faktor cuaca dan suhu negara kita perlu diambik kira. Benih tempatan pula mampu menjana hasil yang memuaskan tapi tahan lasak dengan cuaca negara kita kekadang agak ekstrem .

Perlu kenal pasti  benih lada untuk fertigasi atau tanaman tanah. Setiap benih mempunyai kelebihan nya mengikut amalan penanaman yang digunakan.

Pemilihan anak benih lada semasa penyemaian amat kritikal . Anak lada yang tumbuh dengan baik dan cepat adalah anak pokok yang baik. Anak pokok lada akan dipindahkan dalam tray hitam berlubang besar. Pastu KU pindahkan dalam polibag kecil . Anak pokok lada   amat sensitif semasa proses pembesaran .Setelah hampir 3 bulan,barulah pokok lada sudah tahan lasak.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul