Diari Tani-Panduan Tanaman Ubi keladi Di Tepi Rumah

 KU suka orang berusaha:

                                             Pokok keladi yang diurustanam dengan baik.

Pokok keladi secara tradisinya merupakan makanan serbaguna kepada masyarakat asia terutama dalam masyarakat melayu.

Daun keladi sering dijadikan pembungkus makanan terutama membuat tapai beras pulut dan ubi.

Pucuk keladi (jenis boleh dimakan ) sering dijadikan ulam atau bahan campuran dalam gulai tempoyak.

Batang keladi (jenis boleh makan) sering dijadikan bahan utama dalam gulai lemak atau masak asam pedas.

Ubi keladi (jenis boleh makan) boleh dijadikan makanan selepas direbus atau direndam dalam air semalam untuk membuang racun nya.

Sesetengah mata tunas pada ubi keladi boleh juga dimakan .

Sesetengah restoran menyediakan masakan keladi sebagai menu sayuran setiap hari kerana kepelbagaian masakan keladi dan harganya di pasaran. 

Penanaman  keladi  boleh dijadikan tanaman sampingan atau pendapatan kedua kerana ia hanya sesuai dituai selepas 7-12 bulan ditanam.  

Pengurusan penanaman juga mudah kerana tidak memerlukan perhatian yang tinggi dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Yang penting, kawasan tanaman keladi sentiasa berkeadaan lembab, lebih kawasan agak lembah sungai atau mudah dinaiki air bah.

Pokok keladi perlu juga diberikan baja, di susun atur  untuk menggalakkan pembesaran sekata, dan kawalan serangga/ kulat sekiranya perlu.

Artikel Menarik :
Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul