Diari Tani- Panduan Tanaman Kundur Di Tepi Rumah

Ku biasa tengok buah ini.


Buah kundur sudah sebati dengan masyarakat kita hari ini.

Pokok kundur adalah sejenis pokok yang menjalar tinggi dan panjang seperti pokok  labu.

Pokok kundur menjalar tinggi dan buahnya yang berat mampu bergantung pada batang yang kecik.

Pokok kundur adalah jenis tanaman yang tahan daya tinggi dengan penyakit.

Buah kundur yang matang mampu  disimpan selama  setahun lebih selepas dipetik.

Kebiasaannya buah kundur dijadikan bahan masakan kenduri kendara.

Dengan perubahan keperluan penduduk, buah kundur telah dijadikan pelbagai guna.

Buah kundur boleh dijadikan halwa. Halwa memang diketahui makanan berkhasiat.

Buah kundur boleh dijadikan produk minuman yang menyejuk badan.

Terbukti penanaman pokok kundur secara komersial menjanjikan keuntungan.

Kaedah penanaman
Pokok kundur mudah ditanam jika dibandingkan dengan jenis cucurbit lain, sama ada ditanam secara melata di atas tanah atau menjalar pada tiang sokongan.

Di rantau ini, pokok kundur ditanam dengan biji dan mengeluarkan hasil dalam empat hingga lima bulan.
Kaedah penanaman berbeza mengikut keadaan tanah dan iklim persekitaran di sesuatu kawasan. Berikut adalah kaedah penanaman yang biasanya digunapakai :

* Bahan tanaman - Biji.

* Jarak tanaman - 100 sm x 100 sm.

* Keperluan benih - 600 gram/ekar.

* Kaedah semaian - Dulang semaian atau tanam terus.

* Baja - Baja organik (50g/pokok) dan semburan foliar (daun) organik.

* Pengairan - Siram dua kali sehari. Elakkan dari banjir serta keadaan pokok dan tanah yang terlalu lembap kerana boleh memusnahkan pokok.

* Kesesuaian tanah - Sesuai di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai pH kuran daripada lima. Jenis tanah berpasir, menerima cahaya matahari 100 peratus serta mempunyai saliran yang baik.

* Sungkupan - Menggunakan sungkupan seperti plastik silvershine atau jerami untuk mengekalkan kelembapan pada tanah.

* Kesesuaian iklim - Tropika.

* Mula memetik hasil - 14 minggu selepas ditanam.

* Hasil purata antara 20 dan 30 tan seekar.


Sila Cliks di bawah:



Sekian dulu, terima kasih.


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul