Diari Tani- Penanaman Tanaman Khantan di Tepi Rumah

Ku nak tahu:




Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.  

Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m.
Batangnya bulat  dan melurus .  Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan. 

Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun.  

Bunga kantan berwarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya.  Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

Bunga kantan selalu dimasukkan  ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut.  Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan sama ada secara mentah atau dimasak.  Bunga kantan mengandungi sedikit Vitamin A, B, C dan zat-zat galian.

Tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya.   bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:-

Batang untuk mengubati penyakit bengkak.
Buah untuk mengubati kurang selera makan.
Ubi untuk  dicampurkan dalam makanan.


Cara penanaman pokok khantan.
Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas. 

Pokok khanatan biasanaya  hidup subur di kawasan-kawasan teduh.  

Pokok khantan hanya memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran atau di kawasan lembapatau lembangan sungai

Menggunakan rizom (ubi) atau biji benih.  Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.  

Pokok  khantan juga boleh ditanam dengan cara belahan rumpun. 

Batang semu berizom yang dibuang daunnya boleh ditanam terus ke tanah.  

Pokok khantan mudah hidup tetapi memerlukan tanah yang agak lembap sedikit dan bersaliran baik.

Pokok khantan tidak perlukan penjagaan rapi kecuali batangnya dan pangkalnya disungkup dengan daun reput.

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah.  Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian pangkal batang.

Sekian dulu, terima kasih


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul