Diari Tani- Panduan Tanaman Jering Di Tepi Rumah


Jering  amat digemari sebagai makanan ulam.

Zat pemakanan pada jering adalah kalsiam dan besi.

Jering dibuat , direbus, masakan sambal tumis, acar dan jeruk.

Di segi kesihatan, khasiat kedua jenis ulam ini dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis.

Jering berupa pohon yang tingginya mencapai 10-26 m.  Daunnya bersirip ganda dua.  Anak-anak daun muda berwarna ungu-coklat.  Bunganya berumbai tumbuh pada ketiak-ketiak daun yang sudah gugur.  Buahnya berupa lenggai berbentuk pipeh dan berbelit berwarna ungu tua.  Lenggai berisi 5-7 biji yang mempunyai kulit ari tipis berwarna coklat mengkilap.

Jering boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.

Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik.  Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik.  Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.

Jering ditanam daripada biji.  Sebanyak 3-4 biji benih ditanam di dalam beg plastik berukuran 15 cm x 25 cm.  Hanya pilih satu anak benih yang subur sahaja selepas percambahan.

Campuran tanah di dalam beg plastik mengandungi 2 bahagian pasir, 1 bahagian baja asli reput dan 1 bahagian tanah lapisan atas.

Berikan naungan daripada cahaya matahari terik dengan menggunakan daun kelapa pada peringkat permulaan menanam.  Kurangkan lindungan berperingkat-peringkat sehingga ditanam ke ladang.  Anak benih ditanam di ladang apabila lebih kurang 15-20 cm tinggi.

Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli.  Baja-baja ini hendaklah dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok.  Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali.  Baja-baja ini janganlah ditabur kerna akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan.


Apabila pokok jering masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan.  Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan semburan paraquat sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air.  Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering.

Setelah beberapa tahun, pokok jering akan berbuah.

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul