Diari Tani- Petola Ular

Ku cuba tanam:

Sumber Benih: Petola Ular (Snake Gourd)

NING DE AGRICULTURAL & SEEDS LTD

Benih yang dibeli

Maklumat benih

Bentuk biji

Bunga petola ular

Putik petola ular

Lurus dan panjang

Daun yang melebar tanda kesuburan

Pokok Petola Ular atau nama saintifiknya Trichosanthes cucumerina merupakan sejenis buah yang dikelaskan sebagai sayuran.

Iklim dan Tanah

Pokok petola ular memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas. 

Petola ular  amat sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tanah gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  

Kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

Penanaman

Batas Tanah
Tanah dibajak dan gemburkan  sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. 

Pengemburan tanah dengan menggunakan cangkul atau trektor.  

Batas dibuat dengan berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  

Baja asas digaulkan bersama tanah seperti tahi ayam reput  ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  

Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.

Tips Tanaman
Petola ular dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  

Sebelum menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih. 

Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  

Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih diperlukan.   

Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.

Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam. 

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak terganggu.

Membalut Buah

Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Kawalan Serangga / Penyakit

·         Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.
·         Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.
·         Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.
·         Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.


Sekian, terima kasih 



IKLANKAN DAN KEMBANGKAN PERNIAGAAN   ANDA – BENIH, BAJA, RACUN DAN PERKARA BERKAITAN PERTANIAN ANDA

BOLEH PM SAYA DI FACEBOOK DI https://www.facebook.com/tanah.bercangkul
***MENGIKUT TERMA DAN SYARAT***

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul