Diari Tani- Pokok Jarak

Ku baru tahu

Pokok Jarak

Pokok Jarak atau Jarak Besar [1]ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.

Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.

Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. 

Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa

Penanaman  6,000 pokok Jarak Pagar (Jatropa Curcas) telah berjaya dan kini dalam persiapan untuk menanamnya secara besar-besaran.

Projek perintis penanaman pokok Jarak Pagar, yang turut dikenali sebagai pokok Barbados Nut, Purging Nut dan Black Vonit Nut, telah dimulakan pada 2009.

TANAH PANTAI

Tanah pantai sangat sesuai untuk penanaman pokok Jarak Pagar dan Bintangor laut yang mampu menghasilkan biodiesel yang mesra alam,
 
Buah pokok jarak dapat dijadikan sumber bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, 

Projek pokok jarak berskala besar itu kelak boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang boleh menyertainya sebagai peserta projek.

Pokok jarak pagar ini mudah ditanam dan tiada ancaman daripada haiwan seperti babi dan ia mudah ditanam oleh sesiapa sahaja.


POTENSI POKOK JARAK
 
Malaysia sangat berpotensi untuk menjadi pengeluar utama biodiesel dunia memandangkan ia adalah pengeluar utama minyak sawit, namun banyak NGO mengkritik idea menjana biofuel daripada sumber makanan seperti tebu dan jagung.

Penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil setahun dan pengurangan kadar pembebasan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat peratus atau 16,000 tan CO2 setahun,

Penggunaan biodiesel itu ialah sebahagian  untuk memenuhi hasrat kerajaan ke arah pemuliharaan alam sekitar dan menerajui penyelidikan yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu perubahan iklim dan pembangunan industri dengan teknologi hijau.

Sekian, terima kasih

Artikel menarik


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul