Diari Tani- Panduan Tanaman Bendi Di Tepi Rumah

Ku nak tahu

Buah Bendi  mempunyai lendir apabila bahagian buah dipotong  . Dipercayai pokok bendi  tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka.

Kini pokok bendi boleh ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika.

Buah bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C.

Buah bendi tidak digemari kerana ia berlendir dan berserat.

Bendi telah berserat kerana ia dipetik apabila saiz telah besar dan lama disimpan sebelum tiba kepada pelanggan.Jika  bendi dipetik ketika muda sebenarnya bendi sangat enak dimakan

Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar.

Bendi perlukan banyak cahaya matahari.  ia tidak memerlukan banyak air.

Jadi, bendi mudah diselenggara jika anda menanam secara hobi dan sibuk dengan tugas harian.

Bunga bendi berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna hitam.


Batas tanaman
Pokok  bendi sesuai  ditanam di kawasan tanah gembur atau lom yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. 
Batas perlu dibina.  Batas perlu ditambahkan baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai. 
 Jika mahu tanam dalam bekas, gunakan tanah yang kaya dengan organik.

Benih
Benih bendi kebiasaan berwarna hitam atau kelabu tua.  Saiz benih beni adalah kira-kira 0.5 cm dan berbentuk bulat.  


Menyemai
Benih perlu direndam bermalam atau 1 hingga empat jam di dalam air suam untuk aktifkan benih dan cepatkan proses percambahan.  
Benih bendi akan bercambah antara 5 hingga 2 minggu selepas disemai.

2 biji benih ditanam ke dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan antara lubang kira-kira 40 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki).

Kekerpan penyiraman ir
Di musim kering,  pokok bendi perlu disiram sekurang-kurangya sekali sehari terutamanya di waktu pagi.

Baja
Sekiranya pokok bendi ditanam dalam tanah yang kaya dengan organik, menambah baja. hanya jikaa perlu sahaja.

Kelihatan pembesaran pokok kelihatan terbantut, pokok perlu dibaja dengan baja organik  (baja berasas najis haiwan ) kira-kira 2 minggu sekali.

Makhluk Perosak
Bendi kadang-kadang diserang ulat pengorek buah.  Kutip buah yang dijangkiti  dan kemudian dibakar.  Bendi juga sering diserang ulat beluncas terutamanya pada daun.  Kutip ulat dan musnahkan jika ditemui.  Daun juga mungkin diserang kulat.  Jika ini berlaku, potong daun yang diajngkiti dan kemudian di bakar.

Buah
Bendi akan mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai.  Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan.

Menuai
Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci.  Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan. Jangan biarkan buah bendi matang di pokok.  Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.


Sekian dulu , terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul