Diari Tani - Pilihan Tanaman kepada Aquaponics




Sistem akuaponik ada proses pengairan air tanaman menggunakan air dari tangki ikan, kemudian dikitar semula  kembali melalui suatu paip khas  yang mana tanaman akan ditumbuhkan.
Air kolam ikan boleh bertukar kepada racun bagi ikan-ikan . Ini kerana bakteri nitrifikasi mengubah najis ikan sebagai nutrien yang dapat dimanfaatkan tanaman . Kemudian tanaman ini akan berfungsi sebagai seakan penapis, yang akan mengurai  racun tersebut menjadi unsur yang tidak berbahaya bagi ikan, dan membekalkan  oksigen pada air yang digunakan untuk memelihara ikan.

Proses kitaran ini yang saling menguntungkan dan membantu diantara tumbuhan dan ikan.
Akuaponik mengunakan  air yang telah digunakan dalam kolam ikan. Proses akuaponik lebih jimat daripada menyediakan kelengkapan penapisan air untuk memelihara ikan yang biasa dibuat dirumah.

Dalam akuaponik tanaman ditanam di dalam media yang terpisah dari tangki ikan. Air dipam dari tangki ikan ke media dan kembali ke dalam tangki ikan.
Ada tiga sistem dasar dalam akuaponik. Media yang diisi kerikil, expanded clay, atau media lain yang mirip adalah bentuk paling sederhana dari akuaponik. Sistem ini dapat dilakukan dengan aliran air terus menerus .
Deep Water Culture adalah salah satu kaedah yang sering digunakan secara komersial. Air dipamkan dari tangki ikan melalui sistem penapis. Kemudian air dipamkan ke saluran panjang di mana bekas terapung yang diisi dengan tanaman berada permukaan air.  
Nutrient Film Technique hanya cocok untuk jenis tanaman tertentu, biasanya sayuran berdaun hijau. Dalam sistem NFT, air yang kaya nutrisi dipamkan  ke dalam takungan kecil yang tertutup. Air mengalir dalam takung dalam bentuk aliran yang sangat tipis. Tanaman diletakkan dalam wadah plastik kecil yang membolehkan akarnya mengakses air.
Sekian, terima kasih

Diari Tani- Penternakan Itik

Panduan Umum Penternakan Itik

Itik mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit jika dibanding dengan ayam atau burung puyuh.

Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam.

Pemeliharaan itik tidak memerlukan reban yang tinggi atau berbumbung sepenuhnya

Pemilihan ciri-ciri baka itik yang berkualiti paling penting  ialah :-

Mempunyai daya hidup yang tinggi.

Bebas dari kecacatan.

Penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260-300 biji setahun)

Saiz badanya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg

Ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia manakala itik padaging adalah Mascovi.


Ciri-ciri perumahan dan peralatan yang perlu di reban:

Peredaran udara yang sempurna.
Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3-4 kaki persegi.
Reban yang berdinding
Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk rumah yang sesuai supaya mudah diuruskan bagi  penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya.

Sumber Makanan

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik

Makanan komersil
Makanan campuran sendiri


1. Makanan Komersil

Mengikut :Umur, Jenis Makanan, Kandungan, Proten dan Tenaga

0 - 2 minggu
"Duck Starter "
20%
2700-3000

2 - 3 minggu
"Duck Starter " dicampur "Duck Grower"

4 - 16 minggu
"Duck Grower"
16%
2500-2800

16 minggu dan
semasa bertelur
"Layer"
17%
2600-2900


2. Makanan Campuran Sendiri

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain. Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur
Berat Makanan
0 - 4 minggu
5 minggu - 22 minggu
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 1.2 kg - 1.6 kg
11.0 kg - 11.8 kg
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor / hari

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Menjaga kebersihan ladang setiap masa

Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat

Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat "antistress" harus diberi pada umur itik 1-3 hari.

Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai.

Mencucu reban dengan pembasmi kuman seperti Iysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru.


KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari. Tujuan pencerahan cahaya ialah:-


Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.

Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur. Itik-itik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus.

PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah:-

Telur Itik Segar
Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas Roche). Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.

Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diasinkan untuk dimakan atau disimpan lama. .


Diari Tani - Kesesuaian dan Kepelbagai Tanaman

Sesudah berpuasa:

Kita selalu beringin menanam pelbagai tanaman namun sesetengah tanaman akan menunjukkan reaksi negatif atau positif dengan tanaman lain. Ini kerana berlakukanya berkongsian atau perebutan nutrien dalam medium tanah.

Di sini di cadangkan  tanaman  yang sesuai ditanam bersama-sama:.

1.Kacang panjang dengan Jagung
2.Sawi dengan mentimun
3.Kailan dengan tomato
4.Lobak merah dengan  tomato
5.Sawi dengan tomato
6.Lobak putih dengan roselle
7.Kacang panjang dengan lobak merah, mentimun, kobis, bayam, atau sawi
8.Kobis dengan kacang panjang, daun sup, ketumbar, oregano, rosemary, lobak putih, atau pudina
9.Daun sup dengan tomato, kobis, atau kacang panjang
10.Kacang pea dengan ubi kentang, lobak putih, atau lobak merah
11.Lobak putih dengan sawi, sayur putih, atau salad
12.Labu manis dengan bunga matahari
13.Jagung dengan kentang, kacang, tomato, atau mentimu

Di sini di cadangkan tanaman yang tidak disesuai ditanam bersama-sama:

1.Kentang, jangan tanam bersama labu manis, terung atau tomato
2.Kacang panjang, jangan tanam bersama bawang.
3.Lobak merah, jangan tanam bersama tomato atau ubi kentang.
4.Kacang pea, jangan tanam bersama bawang.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Pokok Pelindung Tanaman Sayuran

Sesudah brpuasa:



French Marigold (atau Tagetes) atau bunga tahi ayam adalah pokok hiasan yang amat berguna.  Baunya yang kuat boleh digunakan untuk menghalau dan menhalang serangga makhluk perosak.  Pokok bunga ini boleh memberi kelebihan kawalan serangga dan mengurangkan penggunaan racun serangga.

French Marigold mampu menghalau serangga makhluk perosak jika ditanam secara berselang seli berhampiran sayuran yang ditanam. Sayuran yang ditanam akan bebas daripada ulat, lalat buah, lalat putih, bena, dan belalang.

Akar pokok bunga tahi ayam pula dapat menghalang cacing perosak (nematod).  Sayuran digalakkan ditanam bersama bunga tahi ayam dapat merawat  akar sayuran yang berketul atau bersimpul rosak akibat serangan cacaing nematod.

Disamping itu,  kaedah  biji benih  cili wangi dalam patch ketumbar juga berguna kerana  bau ketumbar  yang kuat akan menghalau makhluk perosak yang ingin merosakkan pokok cili wangi.  

Pokok herba seperti tulasi, rosemary, serai, kemangin, selasih dan kesom.  Pokok bunga yang mengeluarkan bau seperti marigold dan lantana .


Pokok Ulam Raja (Cosmos caudatus).  Sayur yang ditanam berdekatan pokok Ulam Raya tumbuh dengan segar tidak terusik.

Semoga sayuran yang diseling seli dengan tanaman pelindung mengurang pengurangan racun serangga dan seterusnya memastikan keselamatan makanan kepada kita sendiri.

Diari Tani- Tembikai Hibrid Buatan Malaysia

Sesudah berpuasa

Wujudnya varieti tembikai H25,   para petani mempunyai pilihan terhadap biji benih tembikai import bagi merancakkan lagi industri tanaman tembikai.

Kesemua 21 varieti baru tembikai hibrid yang dikaji dan dihasilkan telah ditanam di ladang bersama-sama induk dan varieti bandingan iaitu Black Sweet untuk tujuan penilaian prestasi.

Varieti H25 lebih baik berbanding Black Sweet dari segi hasil, tempoh matang, ketahanan penyakit dan kurang biji tetapi tiada perbezaan dari segi kemanisan.

Penggunaan varieti baharu tembikai hibrid seperti H25 akan meningkatkan pendapatan petani sebanyak tujuh peratus iaitu dari RM11,400 ke Rm12,198 sehektar.

Dianggarkan potensi hasil varieti baharu tembikai adalah 30 tan sehektar berbanding 28 tahn sehektar.

Para petani  tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada biji benih tembikai import di mana harganya jauh lebih mahal RM55 bagi 20 gram berbanding varieti tempatan RM30 bagi 20 gram.Di samping memberi peluang pasaran kepada syarikat tempatan biasanya dimonopoli syarikat luar negara.

Penghasilan varieti  tembikai hibrid H25 memberikan peluang kepada pengguna tempatan menikmati tembikai yang lebih berkualiti dengan rasa lebih enak.

Varieti tembikai hidrid H25  ini berpotensi untuk ditanam secara komersial oleh petani kerana ia memberikan pulangan hasil yang tinggi dan buah berkualiti.

Biji benihnya H25 mudah didapati dengan harga lebih murah berbanding biji benih import.

Petani dijangka akan meningkat dan pengguna akan dapat menikmati tembikai hibrid yang berkualiti.

Artikel Menarik 


Cara penanaman untuk tanaman tembikai:-

Iklim
Tembikai memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan pengeluaran buah yang bermutu.
Suhu antara 25-35C pada siang hari dan 18-22C pada sebelum malam adalah amat sesuai.
Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang.

Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0,.
Tembikai ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai. 

Penanaman
Tembikai ditanam dari biji. Biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.Biasanya digunakan oleh petani tembakau

Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. 

Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah.

Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN
SungkupanSungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.

Pengairan
Tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.


Pemilihan Kematangan  Buah Tembikai:-

Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.

Warna Sulur Paut dan Daun Buah Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang.

Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.

Menepuk  bauah tembikai  matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.

Urat Pada Jalur bagi buah tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.

Kekilatan Kulit Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul