Diari Tani- Panduan Pembajaan Yang Baik

KU baru faham :

Membaja pokok buah-buahan dilakukan setiap 2 bulan sekali. Baja terdiri baja untuk pembesaran pokok dan daun, pembungaan dan  pembesaran buah.

Pembajaan yang baik yang diamalkan oleh kita;

1. Pastikan rumput atau semak samun yang berada berhampiran pokok kita di tebas kan dan diracun.

2. Tidak digalakkan menggunakan racun serap  untuk mengelakkan kerosakan pada akar putih makanan pokok.

3. Elakkan membaja pokok ketika taburan hujan yang kerap. Ini dapat mengelakkan nutrien baja kita dilarikan jauh dan tidak diserap oleh pokok .  

4. Selepas telah habis musim pokok berbuah , kita digalakkan menabur baja untuk pembesaran ( NPK) untuk memulihkan pokok kembali dan mengalakkan pertumbuhan daun.

5. Elakkan pembajaan semasa pokok mula berbunga atau berputik. Ini akan  merosakkan pembesaran buah . Bunga mudah menjadi mudah luruh. Putik buah itu  mudah menjadi buruk . Pembajaan hanya boleh dilakukan selepas buah telah sederhana membesar.

Selamat mencuba.

Sekian dulu, terima kasih


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI