Diari Tani- Minyak Hitam

KU pernah cuba:

Minyak hitam atau minyak pelincir terpakai amat berguna dalam merawat pokok mangga yang biasa diserang oleh sejenis kumbang.

Kumbang ini menyuntik larva nya ke dalam kulit pokok. Larva ini akan membesar di bawah kulit pokok.

Kesan serangan larva kumbang ini  akan memyebabkan kulit pokok akan mengeluarkan getah yang perang jernih atau resin.

Kesan tahi hitam akan dijumpai di pangkal pokok dan menunjukkan pokok sedang diserang oleh larva kumbang.

Cara KU pernah buat untuk mengatasi serangan larva kumbang  ini.

1.Mula- mula KU korek lubang larva tersebut . KU korek mengikut lubang yang dikorek larva sehingga ditemui . KU terus keluarkan larva dan dihapuskan.

2. Setelah di kesan larva tersebut dan dihapuskan, KU menyapukan minyak hitam di batang pokok sehingga batang pokok menjadikan kehitaman.

3. Pastikan sapuan minyak hitam tadi nipis sahaja untuk melindungi kulit pokok . Kumbang akan mengelak untuk datang kembali kerana kulit pokok tadi menjadi melekit dan berbau busuk.

4. Pastikan setiap celahan dahan pokok juga sapukan dengan minyak hitam.

5. Untuk berkesan dengan kita boleh gunakan racun Furadan ditaburkan di pangkal pokok.
 
Sekian, terima kasih

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI