Diari Tani-Panduan Tanaman Ubi Kayu Di Tepi Rumah

KU nak  cuba:
Pokok ubi kayu

Ubi kayu  ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.

Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah.

Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam.

Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Untuk teknik menanam ubi kayu benih yang optimum adalah:

1. Batas ubi kayu hendaklah diangkat tinggi setinggi sekaki .Memudahkan proses penuaian

2. Jarak pokok ubi kayu di antara 2-3 kaki shaja.

3. Benih ubi kayu dibelah dua atau dikikis sebelah untuk memastikan tiada mata tunas yang berlebihan.

4. Benih ubi kayu ditanam dalam keadaan condong dan selari dengan matahari.

5.Pastikan benih ubi kayu ditanam dengan arah mata tunas yang betul( mata tunas mengarah ke arah atas)

Selamat mencuba,

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul