Diari Tani- Sisa makanan jana pendapatan

Ku baru tahu:

 
Mesin memproses sisa makanan

Sisa makanan merupakan antara sampah organik yang menjadi cabaran untuk dilupuskan dengan betul tanpa mencemarkan alam sekitar. Setiap  hari  restoran, hospital, pasar tani dan sekolah saban hari menghasilkan ratusan tan sisa makanan.

Memang sisa makanan boleh mengurai secara semulajadi. Sementara menunggu masa sisa makanan terurai, ia akan mengeluarkan bau yang busuk dan menjadi sumber  pembiakan bakteria berbahaya.
Sisa makanan daripada industri dan  domestik merupakan sisa pepejal atau solid waste, maka ia perlu diurus dengan baik supaya tidak menjadi beban kepada masyarakat.
Konsep waste to wealth (W2W) iaitu menukarkan sisa buangan kepada satu hasilan akhir yang menguntungkan dan menjana kekayaan.

Sisa makanan yang bersifat organik, teknologi W2W yang diamalkan ialah menukarkannya kepada bahan kompos sebagai hasilan akhir untuk digunakan sebagai baja atau makanan haiwan.

Jika sisa makanan dapat ditukarkan kepada makanan haiwan, ia dapat membantu para penternak mengurang kan kos harga makanan tambahan setiap tahun.

Jika sisa makanan dapat ditukarkan kepada baja, para petani organik  dapat memendek masa pemulihan tanah secara semulajadi, masa untuk bermula musim tanaman lebih singkat dan cepat membesar.

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul