Diari Tani-Pengapuran

KU baru faham:


Pengapuran:
Biasanya dilakukan sebelum proses permulaan musim penanaman untuk merawat tanah dan menaikkan kesuburan tanah. 

Di antara tujuan pengapuran adalah:

1.       Mengurangkan  keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur. Tanah akan kembali keasidan tanahnya sendiri akibat hujan asid semulajadi dan perebutan biomass selepas tuai.
2.       Membekal nutrien tumbuhan – komposisi kimia dalam kapur bekal Ca dan Mg. Antara nutrien yang terpenting dlm pembesaran tanaman.
3.       Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik. ini mengelakkan sebarang larian larut serap membawa nutrien jauh ke dlam tanah sehingga akar tanaman tidak mencapainya.

Contoh bahan kapur.
1.       Batu kapur    -      kalsium karbonat / CaCO3           
2.       Kapur tohor   -      kalsium oksida  / CaO
3.       Kapur mati    -      kalsium hidroksida / Ca(OH)2
4.       Kapur dolomit  -   CaMg CO3
           

      Faktor yang perlu dipertimbangkan  sebelum melakukan pengapuran.

1.       Jenis tanaman
-          kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu.
2.       Jenis bahan kapur
-          kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit,koko, jagung dan sekoi.
-          kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik tetapi sukar diguna.
3.       Jenis tanah
-          tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur.
-          pengapuran berlebihan sebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo.
4.       Kandungan bahan organik
-     tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur
-          bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.


Sekian, terima kasih


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul