Diari Tani-Kesan manfaat organisma seharian

KU baru tahu:

Kesan manfaat dan berbahaya organisma

Organisma
Kesan manfaat
Kesan berbahaya

Virus
·    Agen pengawal perosak
·    Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang ,belalang dan hama
·       Agen penyebab penyakit
·       Contoh penyakit merah pada padi dan bintik cincin pada betik
·       Disebar kpd tumbuhan sihat oleh
o      Vektor spt afid, lelompat daun, nematod dan kulat
o      Biji benih yang dijangkiti virus
o      Peralatan ladang tercemar virus
o      Pekerja yang bekerja diladang


Bakteria
·    Penguraian bahan organik
·    Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas spt Azotobacter dan Rhizobium yang bersimbiotik dengan pokok kekacang
·    Penitratan oleh bakteria Nitrobacter dan Nitrosomonas
·    Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi

·       Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka
·       Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih
·       Contoh penyakit
- Hawar daun(padi) oleh     
  Xanthomonas spp


Kulat
·    Agen pengurai bahan organik
·    Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar tumbuhan mengambil nutrien fosforus,  bantu biji benih orkid bercambah  dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.
·    Memerangkap nematod dalam tanah
·    Mengawal serangga
·       Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
·       Contoh penyakit – reput batang dan cendawan angin


Nematod







·    Membantu mengurai bahan organik
·    Mengawal serangga
·    Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain
·       Rembesan air liur mencedera tisu akar
·       Interaksi nematod dengan organisma lain
·       Pembawa virus
·       Contoh penyakit bengkak akar

Serangga
·    Membantu proses pendebungaan
·    Memperbaiki keadaan tanah
·    Pemangsa kepada perosak
·       Merosak tanaman
·       Membawa pelbagai penyakit
·       Contoh perosak padi  - bena perang dan kelapa sawit – kumbang tanduk
·       Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang
·       Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.


Rumpai
·    Mencegah hakisan tanah
·    Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak
·       Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
·       Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
·       Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman                                            

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul