Diari Tani- Panduan Penanaman Hempedu Bumi Di Tepi Rumah

Ku nak Tahu:

Hempedu bumi

Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India dan Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.

Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba  semusim yang tumbuh menegak. 

Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darag tinggi  disamping merawatpenyakit   kencing manis. 

Cara Penanaman:

Bahan tanaman hempedu bumi boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Hempedu bumi boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 30 cm antara baris. 

Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada minggu 8-10 selepas menanam dengan memotong pokok 5 cm dari aras tanah.

Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 500 kg/ha baja sebatian NPK=10:10:10. 

Hanya 250 kg/ha baja semi-organik diperlukan untuk tanah aluvium. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 1.0-1.5 t/ha

Kegunaan nya- merawat kencing manis, mengawal tekanan darah tinggi dan merawat penyakit cacing dan penyakit kulit.

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI