Diari Tani- Panduan Penanaman Pokok Mengkudu Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:

Buah mengkudu

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan.

Pucuk Mengkudu  telah diketahui boleh dibuat ulam tapi rasa sedikit kelat.

Pokok mengkudu banyak  juga digunakan sebagai ubat tradisional.Ianya terbukti dalam produk hiliran kosmetik.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia). 

Terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. 


Cara penanaman pokok mengkudu:

Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih daripada buah yang matang. 

Pokok Mengkudu boleh ditanam dengan jarak tanaman 3 m antara pokok dalam baris dan 5 m antara baris. 

Pokok akan mula berbuah 6 bulan selepas menanam.  

Ia akan mengeluarkan buah sepanjang tahun. 

Kadar pembajaan yang diperlukan ialah 1 kg/pokok najis ayam pada masa menanam dan enam selepas menanam. 

Baja sebatian N:P:K:Mg (12:12:17:2) diberi masing-masing pada kadar 500, 750 dan 1000 g/pokok pada tahun pertama, kedua dan ketiga. 

Potensi hasil segar untuk ladang komersil adalah dalam lingkungan 1.2, 16.0 dan 18.0 t/ha untuk tahun pertama kedua, dan ketiga. 

Hasil akan menjadi stabil bermula pada tahun keempat dan seterusnya sehingga 10 tahun.

sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI