Diari Tani- Panduan Penanaman Kenaf

Ku nak tahu:


Kenaf

MANFAAT kenaf selaku bahan yang kaya dengan fiber dan mampu menjadi bahan asas dalam pembuatan biokomposit menyebabkan permintaan terhadap tumbuhan yang berasal dari Afrika ini melonjak tinggi.

Penanaman 
Ciri-ciri istimewa tumbuhan ini adalah, ia mampu untuk tumbuh dengan pantas dan boleh menjangkau ketinggian sehingga 3.7-4.3 meter dalam masa hanya 4 minggu .

Kenaf  ini hanya mampu berbunga sehari sahaja. Tangkai tumbuhan kenaf ini mengandungi dua jenis gentian yang sangat berguna iaitu gentian di bahagian luar dan gentian di bahagian dalam. 

Gentian bahagian luar atau dikenali sebagai gentian kulit mengandungi 40 % berat daripada berat tangkai kering dan ukuran panjang gentian ini biasanya 2.6 mm apabila diproses. 

Gentian bahagian ini amat sesuai digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan kertas. 

Gentian dibahagian dalam iaitu gentian teras yang berwarna putih mengandungi 60 % berat daripada berat tangkai kering. Apabila ia diproses, ia mampu menghasilkan gentian yang berukuran 6 mm.

Gentian ini setanding dengan gentian yang diperolehi daripada kayu keras di mana gentian jenis ini biasanya digunakan dalam penghasilan beberapa jenis produk kertas.

Kenaf boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali setahun.

Kenaf ini sesuai hidup dalam pelbagai jenis keadaan iklim dan jenis tanah. Ia dapat hidup dengan baik dan mampu menghasilkan hasil yang banyak sekiranya berada dalam iklim yang panas dan tanah dalam keadaan lembap. 

Tumbesaran pokok kenaf akan terbantut sekiranya suhu persekitaran di bawah 10oC. Disamping itu juga, penggunaan tumbuhan ini adalah bersifat mesra alam di mana ia diperolehi daripada alam semula jadi, serta merupakan bahan bersifat organik dan boleh dikitar semula.


Persaingan
Dalam industr gentian dan kayu, kenaf bersaing sengit dengan pokok akasia.

Walaupun pokok akasia merupakan tumbuhan yang sangat produktif kerana sifat tumbuhan tersebut yang mampu tumbuh dengan cepat dan mampu menghasilkan kuantiti gentian dan kayu yang banyak, namun tumbuhan ini dilihat tidak begitu ekonomi dan tidak dapat memenuhi keperluan dalam sektor perabot dan lantai. 

Justeru itu, kenaf dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Ini kerana tumbuhan ini bukan sahaja mampu menghasilkan gentian yang lebih berkualiti berbanding akasia, malah ia turut dapat menampung beberapa sektor pembuatan lain seperti penghasilan pulpa dan kertas, serta bertindak sebagai gentian penguat industri komponen plastik, penyerap bahan kimia dan lain-lain. 

Selain itu juga, tumbuhan kenaf yang masih muda boleh dijadikan sumber makanan haiwan ternakan seperti lembu dan lain-lain. Ia juga amat sesuai digunakan dalam penghasilan ramuan herba seperti di India.

Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI