Diari Tani- Panduan Tanaman Stevia Penawar Gula

Ku nak tahu:




Stevia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah .

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesies Rebaudiana.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut dan boleh dibiak menggunakan keratan batang. 

Bagi proses penanaman stevia, medium yang digunakan ialah tanah dari jenis poros agar air tidak bertakung selepas ia disiram.

Pokok stevia tidak akan bertahan lama sekiranya akar dan pangkal pokok terendam di dalam air.

Pokok stevia memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram sebanyak dua kali sehari. 

Keadaan cuaca yang panas, pokok stevia perlu disiram dengan lebih kerap kerana tumbuhan ini cepat kering dan mudah mati jika kekurangan air.

Pokok stevia terdapat pelbagai bentuk namun kebiasaannya daun stevia berbentuk bujur manakala batangnya halus dan bergerutu.

Pokok stevia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bunga berkenaan boleh membentuk menjadi biji benih apabila matang namun pembiakan selalunya menggunakan keratan batang.

Pokok stevia bukan berasal dari Malaysia, dan  memerlukan kadar sinaran matahari yang lebih panjang. “

Pokok stevia yang ditanam di negara ini lebih cepat mengeluarkan bunga akibat kekurangan sinaran cahaya matahari dan akan mengakibatkan kurang mengeluarkan daun yang mana menjadi tujuan utama penanamannya.

Kebaikan pokok stevia  merupakan bahan pemanis yang tidak mengandungi kalori dan karbohidrat, sesuai untuk kesihatan terutama bagi pesakit kencing manis dan untuk mengawal berat badan.

sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI