Diari Tani-Panduan Penaman Bunga Kenanga Di Tepi Rumah

Ku baru tahu:

Bunga Kenanga
Bunga kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di alaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. 

Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah.

Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.

Pokok Bunga  Kenanga merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. 

Pengenalan

Pokok bunga kenanga tumbuh secara liar di hutan.

Ramai yang menyangka pokok bunga kenanga adalah tumbuhan jenis renek tetapi sebenarnya ia merupakan pokok saka dengan ketinggian mencapai 40 meter.

Pokok bunga kenanga  berbatang lurus dengan diameter sehingga 1 meter.

Daunnya jenis ringkas dan berselang seli. Bunga kenanga keluar dalam bentuk jambak dengan setiap jambak mempunyai 2 hingga 6 kuntum bunga.

Ketika muda, bunga kenanga berwarna hijau dan bertukar menjadi kuning setelah matang. Buah kenanga berbentuk bujur berwarna hijau dan bertukar hitam apabila masak.

Pokok bunga kenanga  secara semulajadi membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang (kaedah tut).

Ada dua jenis kenanga iaitu Cananga odorata macrophylla (kenanga biasa) dan Cananga odorata genuina. Cananga odorata genuina juga dikenali sebagai ylang-ylang.

Cananga odorata macrophylla tumbuh dengan cepat iaitu lebih daripada 5 meter dalam setahun dan mampu mencapai ketinggian 12 meter.

Pokok kenanga memerlukan pancaran cahaya matahari penuh atau sebahagian.

Pokok kenanga hidrid mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. 

Pokok kenanga hidrid biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal.

Minyak pati bunga kenanga digunakan untuk membuat minyak wangi dan bahan aromaterapi.

Kegunaannya bunga kenanga adalah:  merawat kudis, merawat luka gigitan serangga , meredakan sakit kepala, melegakan batuk, menangani masalah badan berbau, dan merawat radang saluran kencing.


Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI