Diari Tani- Panduan Penaman Misai Kucing Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:


Misai Kucing

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter.

Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan.

Pokok bunga misai kucing terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang.

Bunganya  berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan.

Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi.

Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter.

Pokok Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih


Cara penanaman

Tanaman misai kucing boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan bantang.

Misai kucing boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 150 cm antara baris.

Pengutipan hasil pertama boleh dijalankan pada minggu 10 selepas menanam dengan memotong 30 cm dari hujung pucuk.

Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 1 t/ha baja sebatian NPK=10:10:10.

Baja diberi setiap 6 bulan.  Baja organik najis ayam tidak diperlukan bagi tanah aluvium.

Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 5-6 t/ha/tahun.



Sekian dulu, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI