Diari Tani- Panduan Penanaman Pudina Di Tepi Rumah

Ku baru tahu:

daun pudina
Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba  yang banyak kegunaannya.

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens.

Pudina juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Batas untuk  tanaman pudina

Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza.  Tips berikut boleh membantu
Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient (tanah kompos).

Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.

Tanah liat: tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, maka kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.

Tanah pasir: Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
Tanah gambut: Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya

Penyediaan Batas
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m.

Semaian
Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan selepas 3-4 minggu.

Penanam Benih
Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.

Pembajaan
Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik.

Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik.

Kaedah membuat baja kompos adalah seperti berikut:
Masukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan.

Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering.

Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.

Ulang langkah a), b) dan c) sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat.

Terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.

Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Penyiraman

Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran.

Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Kegunaan nya: mengekalkan kecantikkan kulit, meredakan sakit tekak, boleh dijadikan ulam, meredakan batuk, demam, selsema, mengurankan tekanan dan boleh dijadikan minuman teh.

Sekian dulu , terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI