KU baru tahu
Kita perlu optimum kan keluasan tanaman kita disamping membina beberapa kemudahan infrastruktur dan pekerja. Kita mampu mencongak pendapatan yang berbaloi yang mengikut keluasan tanah yang ada.
Ada petani berjaya menjana pengeluaran tanaman yang tinggi berbanding keluasan tanah yang ada.Pokoknya petani sentiasa berusaha meningkat akan keupayaan tanah untuk mengeluarkan hasil. Keluasan tanah untuk pertanian semakin mengecil.Banyak tanah pertanian telah bertukar status kepada kediaman dan lot komersial. Manusia perlukan makanan tiap hari tapi kawasan untuk bertani semakin tiada.
Kita perlukan membuat satu kertas kerja yang teliti dan mempunyai perancangan kerja terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang projek pertanian. Faktor cuaca dan pasaran harga boleh mengaruhi kemajuan projek. Kita harus pandai menganggarkan keluasan tanah yang ada untuk tanaman yang ingin diusahakan dan kemudahan infrastuktur yang amat diperlukan sahaja.Ada sesetengah perkara ditangguhkan terlebih dahulu.
Antara kemudahan yang difikiran,:
1. Rumah atau bangsal
2. Bilik air dan tandas
3. Rumah kecil (untuk solat , ruang rehat beserta ruang dapur)
4. Stor input pertanian
5. Stor baja terutama baja organik ( untuk kawalan bau)
6. Bangsal kutipan hasil dan anak benih
7.Bangsal sistem pengairan ( tong air dan pam air )
Perancangan kewangan amat penting kerana pusingan wang keluar masuk. Kerana belian barangan pertanian adalah tunai dan tiada jaminan kredit dari pekedai. Gaji pekerja juga tidak boleh tertangguh terutama gaji harian.
Risiko pertanian adalah tinggi akibat harga tanaman amat mudah dipengaruhi oleh penghasilan tanaman, cuaca dan penawaran bekalan.
Sekian, terima kasih