Diari Tani- Tanaman Kurma

KU cadang untuk mencuba.

Kita sedia mengetahui bahawa pokok kurma ditanam di tanah arab dengan komersial. Tanaman kurma telah menjadi sumber ekonomi penduduk di tanah arab.

Apabila pokok kurma di tanam di Malaysia ianya bukan perkara mustahil. Pokok kurma masih hidup subur tetapi hanya penghasilan buah kurma agak berkurang kerana faktor cuaca negara yang sentisa hujan dan panas.Buah kurma matang memerlukan bahang panas yang kuat bagi mendapat kan buah bermutu.

Akan tetapi tidak salah kita cuba menanam pokok kurma. Sekurang-kurang kita dapat peluang melihat sendiri bagaimana bentuk pokok kurma membesar tanpa perlu ke Tanah Arab 

Kita boleh mencuba menanam pokok kurma menggunakan biji.

Kita dapatkan biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Biji -biji dikumpulkan dan  diasingkan bagi tujuan penyemaian.Kita boleh pilih benih kurma berdasarkan jenis kurma dihendaki seperti  ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.

Bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa dan menyebabkan  serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.Mungkin kerana di padang pasir kekurangan serangga.

Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.

Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan

Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.

Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.

Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.

Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

Sekian. terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI