Diari Tani-Tanaman Cendawan

Ku nak mencuba di rumah:

Penanaman cendawan di rumah adalah mengikut penanaman cendawan tanah rendah. Keperluan suhu antara 25-32oC.

Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)

1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil

Ciri-ciri asas rumah cendawan

Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
Suhu sesuai:  28-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari

Kelembapan bandingan yang tinggi:  80-90% (siram dua kali sehari)
Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen

Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar:  20' x 50' - memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil:   20' x 15' - memuatkan 3,000-4,500 beg

Ruang dalam bangunan

Ruang penyediaan - ruang menggaul media
Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
Bilik suntik - ruang menyuntik benih
Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil



Amalan pengurusan baik

Kawalan kawasan basmi kuman dan bukan basmi kuman (perlu dipatuhi untuk mengelakkan pencemaran). Kebersihan ruang perlulah dijaga.  

Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di kawasan tidak basmi kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

Manakala kerja menyuntik benih dilakukan di kawasan basmi kuman dan pemeraman serta memungut hasil di kawasan basmi kuman.

Dekalan bahan media (habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan peralatan (tutup dan leher beg media, mesin bancuh, tong dram atau pengukus besar (steamer) serta mesin pengisi dan pembekal.

Teknik Menanam Cendawan

Aktiviti utama yang perlu dilakukan ialah menyediakan beg media cendawan, iaitu beg plastik tahan panas (8.5 cm x 36 cm, tebal 0.6 cm), tutup dan leher beg media, kapas/span penyumbat.  Keperluan penyodok besar dan kecil (bagi projek kecil) atau mesin bancuh, mesin pengisi beg (projek besar).

Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.  Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.  Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.  Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).

Pengukusan Beg Media Cendawan


Air dimasukkan ke dalam tong drum sehingga paras lapik.  Susun beg media secara menegak sehingga penuh tong drum.

Mulut tong drum ditutup dengan lapisan guni gula dan besen aluminium di atasnya.  Kukus selama 7 jam.

Api akan dipadamkan dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan. Sekiranya tanaman cendawan itu merupakan projek besar, peralatan seperti steamer, set dapur gas, bakul pastik/besi perlu digunakan. 

Pemilihan Benih Cendawan

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih benih ialah:-

miselium benih yang baik berwarna putih seperti kapas sahaja.
pilih benih yang pertumbuhan miseliumnya penuh dan padat 
jangan pilih benih yang dicemari kulat yang berwarna hijau, kuning dan hitam 
jangan pilih benih yang berbau masam dan berulat.

Penyuntikan Benih Cendawan

Peralatan yang diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih, pelita spirit/burner dan pen marker. Sebelum memulakan kerja menyuntik, bersihkan bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja menyuntik benih cendawan.

Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke dalam bilik suntik dan pastikan pakaian serta diri penyuntik benih dalam keadaan bersih.

Pilih benih cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas dan pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol.  Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api.  Atau, jika benih dalam beg plastik, picit benih cendawan sehingga lerai. Buka mulut beg media dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak 1 sudu besar.  

Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan kembali pada beg media (pastikan benih cendawan turun ke bawah dan tidak berlonggok di leher beg media). Kemudian tarikh suntik benih dan jenis cendawan dicatatkan pada beg media cendawan. Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30oC diruang khas sebelum dialih ke rumah cendawan.  Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.

Pemeraman Beg Media Cendawan 

Susun beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak. Mulut beg dibuka.  Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka. Suhu yang sesuai dalam rumah cendawan ialah 30-32oC dengan kelembapan bandingan udara 80-90%.  Air perlu disembur ke dinding, lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan merendahkan suhu. 

Pengawalan Perosak dan Penyakit


Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya.  Kulat Neurospora sp. biasanya menyerang pertumbuhan cendawan di peringkat awal.  Buang dan musnahkan beg-beg yang diserang.

Bersihkan persekitaran rumah cendawan daripada rumpai dan sampah sarap.  Rak dan ruang disembur dengan larutan Dettol 10%.  Serangan bakteria dapat dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir.  Ia boleh dikawal dengan mencabut tangkai cendawan semasa mengutip hasil, dan kurangkan siraman air serta perbaiki pengudaraan.  

Serangan serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan.  Bagi mengawal serangan lipas, semut dan tikus, gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap cendawan.


Tanamlah pokok di sekitarnya untuk mewujudkan suasana yang redup.  Rumah cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang malap dan serata.  Pancaran cahaya matahari yang kuat akan membantutkan pertumbuhan cendawan.

Memungut Hasil 

Buka mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari dan maisiliam memenuhi keseluruh beg media.  Peringkat pertumbuhan cendawan bermula pada hari kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang.  Pada hari keempat, cendawan membesar ke peringkat optima.  

Di peringkat ini cendawan mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti kelihatan segar dan cantik, rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama serta tidak mudah lembik dan tidak cepat berbau busuk.  Pada hari kelima, tepi cendawan mula berombak dan pecah.  Ini menunjukkan cendawan terlalu matang/tua.  Kualiti rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau busuk.  


Oleh itu, pungut hasil pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan berombak dan pecah) dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.  Bersih dan tutup kembali mulut beg media dengan penutup rehat.  Rehatkan beg media cendawan selama 10 hari sebelum dibuka untuk hasil berikutnya.  Kutipan berikutnya 10-14 hari selepas direhatkan.  Untuk mendapatkan cendawan segar pada kuantiti yang sama pada setiap hari:-

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI