Diari Tani- Tanaman Delima

Ku nak cuba tanam:

Pokok delima merupakan jenis pokok renek dengan ketinggiam mampu mencapai 3-6 meter.Terdapat pokok delima yang  kerdil serta berduri pada hujung ranting.

Pokok delima biasa ditanam di kampung di halaman rumah dan pokok delima yang sentiasa berbuah sepanjang tahun.

Pokok delima  mempunyai dahan dengan bunga 1-5 kuntum pada hujung ranting dan agak berlilin sama ada ianya berwarna merah atau kuning. Saiz bunga kira-kira 4-5 cm panjang.

Daun delima berwarna hijau dengan susunan yang bertentangan antara daun berukuran 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar serta mempunyai permukaan atas yang berkilat.

Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang diselaputi isi manis  berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar.

Penanaman pokok delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak.

Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan KERATAN BATANG yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan.

Anak pokok delima yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih.

Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan.

Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia. 

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI