Diari Tani- Siput Gondang Emas

KU baru tahu:


Serangan siput gondang emas memberi kesan amat buruk kepada pesawah
Pesawah terpaksa menanggung beban upah, racun, benih, membajak semula sawah dan baja bagi proses menanam semula padi yang telah musnah.

Subsidi kerajaan yang diberikan kepada petani  didapati tidak mencukupi untuk menanggung kos kerosakan akibat serangan siput gondang emas

Kos mengusahakan sawah padi yang tidak menentu bergantung kepada keadaan musim.

Tiba musim hujan, kos pengurusan air akan meningkat di samping serangan siput yang begitu banyak di dalam sawah

 Penyebaran gondang emas ke kawasan sawah padi dan sistem saliran di sekitar Semenanjung Malaysia sejak pada awal 1990an lagi

Pada awal 1990an, banyak siput gondang emas dikesan sekitar kawasan sawah padi di selatan Thailand dan kawasan tanaman kangkung di Hadyai.

Pengimportan kangkung adalah antara cara siput gondang emas masuk ke negara ini di samping cara lain seperti pengimportan haiwan akuarium dan anak pokok padi.

Kemampuan siput gondang emas membiak dengan cepat dalam persekitaran berair membolehkan populasinya meningkat dengan pantas.

Siput gondang emas mampu memusnahkan anak padi hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Siput gondang emas  dikenali sebagai haiwan perosak sawah padi di Thailand, Filipina dan Taiwan.

Siput Gondang Emas  adalah sejenis haiwan herbivor yang merosakkan tanaman padi dengan cara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan bahagian lain.

Siput Gondang Emas mampu menyerang dan merosakkan anak-anak padi yang baharu tumbuh seawal 30 hari selepas disemai.

Kerosakan disebabkan oleh siput ini boleh mencapai melebihi 90 peratus dan kemuncak kerosakan adalah dalam tempoh kurang daripada 14 hari.

Banyak maklumat tentang biologi siput gondang emas terutamanya daripada segi kitaran hidup, habitat, tabiat sudah difahami namun proses untuk mengawal serangan siput tersebut masih kurang berkesan.

Kawalan melalui kaedah mengutip dan kawalan sistem saliran bagi mengelakkan perpindahan siput ke dalam bendang, amalan pertanian bersepadu seperti pemeliharaan kambing, itik, dan ikan mengikut peringkat aktiviti tanaman padi.

Penggunaan racun yang betul juga amat penting dan perlu diberikan perhatian agar pesawah tidak menggunakan racun yang tidak dibenarkan.

Racun-racun yang boleh membunuh haiwan bukan sasaran (non-target animals) perlu disekat kerana bahan kimia tersebut mampu membunuh haiwan lain terutamanya ikan.

Pihak yang tertentu juga boleh memikirkan cara agar siput tersebut boleh digunakan sebagai baja, makanan haiwan, sumber protein dan pelbagai lagi produk yang lain

Artikel Menarik:
* Serangan perosak padi

Sekian, terima kasih 
 
Donations/sumbangan
RM 1 to my dream   - “KEBUN HIJAU’ -
CIMB BANK A/C   Number:     06080028500526



PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul