Diari Tani- Panduan Tanaman Jambu Batu Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:





 


Jambu batu (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan  tropika. 

Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan hentian rehat lebuh raya ( RnR).

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru  dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. 


 Iklim
Tanaman jambu batu memerlukan suhu tinggi (27-28oC) dengan taburan hujan yang tinggi dan seragam sebanyak 2,500 mm setahun. 

Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada tumbesaran vegetatif pokok; manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan pengeluaran bunga dan penghasilan buah.

Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.


Tanaman jambu batu merupakan tanaman jangka panjang.

Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C  3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang.

Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah.  Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih.  

Buah jambu batu mengandungi bebeapa jenis gula seperti fructose, D-gulose dan sucrose dimana kandungannya masing-masing adalah 3.4%, 2.8%, 0.3%.  Kandungan gula didapati bertambah semakin buah membesar, dan akan diganti dengan sucrose apabila buah masak.


Penanaman di Ladang
Penanaman anak pokok jambu batu dilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar sahaja digunakan.

Sebanyak 5 kg baja organik, 100 gm baja fostat dan 250 gm kapur dicampurkan ke dalam lubang.

Pokok benih dimasukkan dalam lubang, ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga menjadi busut kecil.  

Setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu meter tinggi dan diberi sungkupan.  

Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak hujan.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4 m dan jarak ini memberikan kepadatan sebanyak 625 pokok sehektar.

Pemangkasan

Pemangkasan merupakan satu operasi pengurusan yang penting.  Ia dilakukan dengan beberapa tujuan seperti berikut:-

1.    Membentuk dan mengawal tumbesaran pokok

 2.   Mengawal pengeluaran bunga

 3.   Memperbaiki sistem pengudaraan pokok

 4.   Menambah kemasukan sinaran matahari

 5.   Memudahkan kerja-kerja pengurusan

 6.   Mengawal serangan musuh dan penyakit


Pemangkasan peringkat awal
Di peringkat awal tumbesaran pokok untuk mewujudkan satu rangka pokok yang baik.  

Anak pokok tut yang mempunyai 2-3 dahan primer dicantas pada paras 0.5 meter panjang untuk mengelakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder.

Pada setiap dahan primer, 3 atau 4 dahan sekunder yang seimbang dikekalkan untuk memberi rangka pokok. 

Bagi anak pokok cantum, batang utamanya dicantas pada paras 0.5 meter dengan tujuan menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder. 

Dari 2-3 dahan sekunder dipilih, cantasan dilakukan sekali lagi pada paras 0.5 meter untuk menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan tertier. 

Kekalkan 3 atau 4 dahan tertier pada setiap dahan sekunder.

Pemangkasan 
Dilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan pokok. 

Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak diperlukan hendaklah dicantas. 

Pemangkasan ini juga dilakukan untuk mengawal pertumbuhan vegetatif pokok dan secara tidak langsung mempengaruhi musim pembungaan.  

Selepas musim buah, ranting-ranting dahan tertier dicantas pada paras 25-30 cm untuk mengggalakkan pengeluaran pucuk-pucuk baru.  

Daripada pucuk-pucuk ini, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun kedua hingga daun keempat.  Hujung pucuk kemudian dipotong untuk mempercepatkan tumbesaran pokok.  

Untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan, ketinggian pokok dikawal pada tahap ketinggian 1.8 meter.

Pemangkasan Pemulihan
Dilakukan apabila pokok-pokok telah tua dan tidak lagi produktif.  Ianya dilaksanakan dengan mencantas dahan-dahan tertier supaya digantikan dengan pucuk-pucuk yang baru.

Pembajaan
Untuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum, pembajaan hendaklah dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat dan corak tumbesaran pokok.

Pengurusan Air
Keperluan air adalah faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil jambu batu dan tumbesaran pokok. 

Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan dan kematian pokok terutamanya di peringkat awal pertumbuhan dapat dikurangkan.



Penjarangan dan Pembalutan Buah
Selepas musim buah dan selepas pemangkasan dibuat, bunga akan terbentuk pada celah-celah daun pucuk baru.  

Pada kebiasaannya terdapat 1-3 putik buah pada satu tangkal.  Untuk memperolehi saiz buah yang besar, penjarangan putik buah digalakkan, iaitu dengan meninggakan hanya satu putik sahaja pada satu tangkai. 

Pembalutan buah dengan beg kertas merupakan satu amalan yang penting dalam pengurusan tanaman buah jambu batu.  

Selain daripada memberi perlindungan daripada serangan lalat buah, buah yang telah dibalut juga didapati lebih bersih dan menarik.  

Pembalutan dilakukan apabila buah mencapai saiz sebesar telur ayam.




Tips pemakanan jambu batu.
Buah jambu batu yang masak dimakan mentah; isi lembut dan berbau wangi dibuat jem, jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau just ditinkan atau dijadikan serbuk. 

Daun jambu batu boleh digunakan sebagai ganti daun teh.

Buah Jambu batu dianggap sebagai superfruit kerana kaya dengan serabut diet, vitamin A dan C, asid folik dan diet mineral.

Dipercayai sebiji buah jambu batu mengandungi kira-kira empat kali ganda jumlah vitamin C berbanding sebiji buah  oren.

Jambu batu juga mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi dan boleh dianggap sebagai satu produk semula jadi dengan sifat-sifat serat pemakanan serta sebatian antioksidan.

Jambu batu merah mempunyai jumlah kandungan serat pemakanan yang tinggi, iaitu antara 56.6 - 76.1 peratus dengan nisbah serat pemakanan larut terhadap tidak larut menyamai nisbah yang terdapat dalam bijirin, dan mengandungi nilai kalori yang rendah (97.1 - 249 kcal/100 g).


Perubatan

Buah Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah, menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan berat badan, mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merah, meningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser


Sekian dulu, terima kasih


Berkongsi ilmu, Nyalakan impian saya, RM 1.00 
CIMB BANK A/C   Number:     06080028500526



                                                                     Artikel Menarik

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul