Diari Tani- Panduan Tanam Terung Di Tepi Rumah

Ku nak tahu:



Terung ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum.

Dipercayai terung  berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. 

Terung telah  ditanam di bahagian selatan dan timur Asia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun 1500

Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan terutamanya masakan kari . Nama botaninya Solanum melongena.

Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepada kultivarnya.Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih. 

Pokok terung ialah pokok jangka hayat yang panjang  yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. 

Pokok terung  bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya.

Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. 

Terdapat jenis-jenis pokok terung separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. 

Kebiasaan batang pokok terung liar seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. 

Buah terung tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.

Dari segi botani, terung yang dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. 

Biji terung itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau

Menjadi kebiasaan , terung, sayur buah yang popular dalam masyarakat kita.  Buahnya enak dimakan muda bewarna putih, ungu tua atau hitam dengan bentuk panjang, bujur atau bulat telur.  

Untuk penanaman,   pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam dalam bekas atau polibeg.  

Kawasan penanaman
Terung perlukan banyak cahaya dengan tanah yang subur. Tidak banyak lindung dari pokok besar.  Ia sesuai ditanam dalam tanah yang kaya dengan organik dan berada dalam  pH 5.5 hingga 6.5.Agak sedikit tanah berasid (masam kelat atau tanah gambut)

Penyemaian Anak Benih
Rendamkan benih dalam air suam sehari sebelum menyemai untuk menpercepatkan percambahan .

Benih terung  tadi ditanam dalam dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah organik. 
Benih terung ditanam sedalam kira-kira 2 cm.  Tutup dengan plastik hitam selama 2 hari kerana benih terung akan bercambah dalam gelap sepenuhnya. 

Benih terung akan bercambah dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Pemindahan Anak Benih

Anak benih dipindahkan apabila anak pokok terung akan  tumbuh setinggi 8 hingga 10 cm      (3 hingga 4 inci) ke dalam bekas besar atau ke atas batas.  

Jika inginkan pohon yang rimbun, patahkan pucuk yang utama.  

Untuk tanaman menggunakan batas, jarakkan pokok kira-kira 60 hingga 75 cm (24 hingga 30 inci).

Penjagaan dan pembesaran pokok terung.
Kerja-kerja merumput di sekeliling pokok wajib dilakukan setiap minggu. Pokok hendaklah sentiasa disiram selalu.

Jangan biarkan tanah kering tapi jangan pula sampai air bertakung. Bergantung kepada cuaca semasa.

Baja harus ditaburkan setiap 2 minggu untuk pembesaran yang baik.  Gunakan baja organik sebaiknya atau baja NPK.

Memetik buah
Buah terung boleh dipetik ketika ia paling berkilau.  Apabila buah kurang berkilau, ia semakin pahit dan kurang enak dibuat makan secara mentah.

Serangan penyakit/serangga
Pokok perlu sentiasa diperhatikan kerana , ia mungkin diserang bena (aphid), whitefly dan ulat bulu.  Buang haiwan perosak jika temui atau kawalan racun serangga untuk menghapuskan nya.

Sekian dulu, terima kasih.

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul