Ku nak tahu:
Lada solok
Mula-mula mengeluarkan hasil
Tip untuk menyuburkan tanah:
Pengapuran – serbuk kapur ditaburkan secara serata sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penanaman.
Tanah – tanah perlu ditambahkan najis haiwan pada tanah terutama jenis yang berpasir & tanah liat. Ini diperlukan untuk menambah nutrien dan sumber oraganik.
Pembajakkan – tanah harus dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik. Tanah yang gembur amat diperlukan untuk memudahkan pertumbuhan akar tanaman.
penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm
jarak antara batas : 60 –100 sm
Sungkupan diperlukan
Tujuan utama memasangkan sungkupan untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga.
Disamping sungkupan juga mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan terutama ketika hujan turun lebat.
Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi dan pelepah kelapa atau kelapa sawit.
Biji benih
Biji benih dianggarkan 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan). Kebiasaan biji benih bermutu tinggi mempunyai kadar peratus percambahan yang lebih tinggi.
Cara Penyemaian
Biji benih boleh disemaikan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring halus( kadar teduhan pancaran 50%) untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
Selepas 14 hari, anak pokok boleh dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
Pengalihan anak pokok.
Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
Jarak tanaman boleh dijarangkan untuk memudahkan setiap pokok meperolehi cahaya matahari yang cukup.
Pengalihan anak pokok perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan kepada anak pokok
Lakukan pemerhatian selama seminggu, anak pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat. Merawat pokok yang berpenyakit memerlukan kos yang tinggi dan tidak berbolai.
Serangan penyakit amat kritkal semasa peringkat anak pokok.
Serangan penyakit amat kritkal semasa peringkat anak pokok.
Penyiraman
Tanaman lada solok perlu dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang. Jika perlu dikerapkan ketika musim panas terik.
Pembajaan
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Pembajaan setiap pokok.
Pembajaan setiap pokok.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu.
Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air.
Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air.
Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai.
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Pungutan hasilHasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu.
Sekian, terima kasih
Sekian, terima kasih