Diari Tani- Tanaman Peria

Ku nak tahu:

Sumber Benih:

buah peria



 bentuk buah peria

Tips cara  menanam 
Mula-mula biji benih peria perlu dirawat dan direndamkan  menggunakan racun kulat captan pada kadar 15 g/10 kg benih.  

Kaedah ini akan meningkatkan  peratus pertumbuhan yang elok di tapak semaian tanpa serangan perosak dan penyakit.

Biji benih ditanam secara terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 1.5 m x 0.5m.  

Benih ditanam satu baris sebatas.  Dua biji benih ditanam bagi setiap lubang lebih kurang 2 cm. antara satu sama lain.

Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.Hanya pilih anak pokok peria yang sihat dan mengurangkan persaingan nutrien dan pancaran matahari.


Kayu Penyokong

Tanaman peria adalah  jenis  tanaman memanjat dan mempunyai sulur yang panjang. 

Kayu penyokong adalah diperlukan. Junjung perlu disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut. 

Pembajaan
Baja organik amat sesuai seperti baja tahi ayam digaulkan bersama dengan tanah sebelum biji benih disemai.

Kemudian diikuti menggunakan baja sebatian kimia mengikut peringkat tanaman.

Penyiraman
Tanaman peria memerlukan air yang cukup untuk membesar.  


Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari mengikut keadaan hujan, secara manual atau sistem pengairan ang digunakan.

Pembungan cabang air
Pembungan cabang air perlu dilakukan dengan mencatas dahan-dahan sisi, terutama sekali bahagian bawah.  


Daun-daun yang tua di bahagian bawah juga perlu dicantgas untuk menggalakkan pengudaraan antara pokok.


Dengan membuang cabang air dapat mengurang kan persaingan nutrien dan menggalakkan pokok peria lebih bayak menghasilkan bunga dan buah.

Membalut Buah 

Tujuan membalut buah adalah untuk mengawal lalat buah bagi meningkatkan kualiti buah dihasilkan.  


Buah peria hendaklah dibalut semasa peringkat putik berukuran lebih kurang 6 hingga 8 cm panjang.  

Musuh Utama Tanaman Peria- Lalat Buah (bactrocera spp)

Lalat buah menyerang buah ketika peringkat pokok sedang berbuah.  


Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.  


Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan menjadi terbantut.

Kematangan, Pengutipan dan Pengendalian Hasil
Peria dijangka boleh dipungut hasil lebih kurang 8-9 minggu sleepas ditanam. 


Buah peria boleh dikutip dalam 1-2 hari sekali iaitu apabila kulit buah menjadi agak licin dan berwarna hijau muda.

 
Sekian , terima kasih.

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul