Diari Tani- Tanaman Petola

Ku nak tahu: 







Batas Tanaman
Batas boleh disediakan berukuran lebih kurang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  


Baja asas seperti tahi ayam reput digaulkan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  

Lubang-lubang dibuatkan sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman.

Tips Menanam
Petola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  


Sebelum menanam, biji benih perlu direndamkan dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih. 

Selepas rawatan racun, 2-3 biji benih diletakkan dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  

Biji benih ditimbuskan dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  

Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang. Kurangkan persaingan nutrien dan ruangan tanaman yang lebih baik.

Kayu Penyokong
Tanaman petola sejenis tanaman yang  menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  

Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam. 

Pembajaan
Baja organik seperti tahi ayam reput elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organik, baja sebatian kimia contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2


Pengairan
Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Petola perlu disiram dua kali sehari iaitu pagi dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.


Jenis serangan  Serangga / Penyakit -Langkah kawalan
 Lalat Buah - Segera membalut buah diperingkat putik lagi , dan sembur racun serangga, jika perlu. 

 Kumbang Daun - Melakukan semburan racun Methamidophos.

Kepindang Buah - Melakukan semburan  racun Methamidophos.

Kulapuk Downy - Melakukan semburan  racun kulat Maneb. 

Hasil
Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. 

Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  

Buah petola bpeh dipetik tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang
tajam.  

Pilihlah  buah petolayang masih lembut dan belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  

Sekian, terima kasih

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul