Diari Tani- Terung Telunjuk




Tips Tanaman

Mula-mula  biji benih terung disemaikan di dalam bekas hitam semaian dengan kadar satu biji benih setiap lubang.

Kaedah tanam terus tidak digalakkan kerana biji benih terung tang terlalu kecil menyebabkan peratus  percambahannya jadi rendah.

Kebarangkalian semut boleh memakan biji tersebut , biji benih perlu direndam atau sembur dengan racun serangga.



Bekas semaian disimpan di bawah teduhan selama empat minggu.

Bekas semaian perlu disiram setiap pagi dan petang.

Sementara biji benih bercambah dan membesar di bawah teduhan. Manakala  batas disediakan dengan ukuran lebar satu meter dan panjang bergantung pada luas kawasan.

Kompos dan baja organik (tahi ayam berproses) perlu ditambah semasa mengembur tanah.

Batas boleh ditutup dengan plastik silver shine sebagai sungkupan.

Selepas empat minggu disemai, anak benih boleh diubah ke batas.

Jarak antara pokok yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sm.

Elakkan menanam tanaman terung telunjuk dibawah lindungan matahari sepanjang masa kerana tanaman terung memerlukan jumlah cahaya matahari yang tinggi.

Penyiraman air

Tanaman  terung telunjuk perlu disiram dua kali setiap hari (pagi dan petang) kecuali hari hujan.

Kaedah penyiraman boleh dilakukan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis, titis dan sebagainya.

Tanaman terung telunjuk tidak sesuai dengan keadaan tanah yang terlalu lembap.

Pembajaan

Selepas dua minggu dipindahkan ke batas, baja organik ditabur ke atas batas yang disediakan.Kadar 50g setiap pokok.

Jika baja organik jenis cecair, ikut pada sukatan yang telah disyorkan pada label.

Baja seterusnya diberi selepas dua minggu baja pertama. Kadar baja ditambah hingga 100 g setiap pokok.

Baja berikutnya diberi selepas antara tiga dan empat minggu baja kedua. Kadar baja juga ditambah 120 hingga 150 g setiap pokok.

Baja ditabur di sekeliling pokok, tetapi elak terkena pada batang pokok.

Sebaik-baiknya baja ditutup dengan sedikit tanah atau sungkupan supaya baja boleh tahan lebih lama dan tidak dilarikan oleh air hujan..

Sokongan

Pokok terung telunjuk boleh membesar setinggi 0.5 hingga 1.0 m.

Jika ditiup angin, pokok biasanya mudah bengkok dan tumbang.

Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku, sokongan perlu dibuat.

Gunakan kayu pancang yang berukuran 1.2 sm x 1.2 sm dan panjang 1.5m (bergantung pada ketinggian pokok).

Cucuk kayu pancang hampir dengan pokok dan ikat batang pokok pada kayu pancang dengan tali rafia. Jika pokok tinggi, ikat pada dua bahagian batang pokok (atas dan bawah) supaya lebih kuat.

Pemangkasan

 Pemangkasan dibuat pada cabang yang tumbuh di bahagian bawah (0.5m dari tanah) selepas sebulan ditanam. Selain daripada cabang, buang juga daun tua di bahagian bawah pokok.

Pemangkasan bertujuan untuk memberi pengudaraan dan pencahayaan yang baik kepada pokok. bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti buah terung.

Sebaik-baiknya ada tiga cabang utama sahaja bagi setiap pokok.

Kawalan rumpai

Rumpai yang tumbuh di atas batas perlu dibuang setiap seminggu sekali untuk mengurangkan persaingan dengan tanaman.

Bagi rumpai yang tumbuh di luar batas, mesin rumput boleh digunakan untuk memotong rumput. Sekurang-kurangnya dilakukan dua minggu sekali.

Rumpai perlu dikawal kerana ada sesetengah serangga perosak menjadikan rumpai sebagai perumahnya.

Kawalan perosak dan penyakit

Antara serangga yang sering menyerang ialah kutu daun (afid), kumbang daun, lalat buah dan ulat pengorek buah.

Kawalan perosak yang boleh digunakan perangkap feromon atau yellow sticker untuk lalat buah, racun organik untuk serangga perosak yang lain.

Racun organik boleh didapati di pasaran atau dibuat sendiri menggunakan campuran cili padi, lada hitam, sabun, air dan beberapa jenis repellent (tanaman penghalau serangga) yang dikisar halus.

Selain itu, penyakit layu bakteria dan layu Fusarium juga selalu ditemui pada terung. Gabungan daun tembakau atau daun sirih, cili padi, bawang merah, air dan kapur yang dikisar halus boleh membantu mengawal penyakit tersebut.

Sebanyak 30 ml racun organik yang ditambah dengan 10 liter air disembur pada seluruh bahagian pokok.

Penuaian

Pokok terung mula mengeluarkan hasil selepas enam dan tujuh minggu dipindahkan ke batas. Potong tangkai buah lebih kurang 1sm daripada cabang pok

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul