Diari Tani-Daun Bawang







Diari Tani-Cuka






Diari Tani- Tanam Jagung Tanam Kacang






Diari Tani- Kayu Pallet









Diari Tani- Menara Organik






Diari tani- Tanaman di Kaki Cerun






Diari Tani- Botol Air Dalam Tanah






Diari Tani- Sungkup Air ketika kemarau





Diari Tani- Jenis Kayu Sokongan Tanaman Kekacang

Ku nak tahu:

Pelbagai jenis kayu sokongan dibina untuk menggalakkan tanaman kekacang menjalar dengan tinggi untuk mendapatkan sumber sinaran matahari yang secukupnya.

Disamping itu, memudahkan proses pengutipan kekacang yang diusahakan. Bergantung faktor sumber yang ada, atau untuk tujuan komersial atau sara diri.




Diari Tani- Batu Bata Terpakai







Diari Tani- Baja EM Nasi Basi

Ku nak tahu:

Nasi merupakan makanan rugi kita seharian. Kadang-kadang nasi yang disimpan telah rosak atau basi.

Pada kebiasaanya, kita akan membuangnya terus ke dalam tong sampah.Hentikan perbuatan itu, kita lakukan amalan mengitar semula dan menjadikan nasi basi kepada baja semulajadi kepada tanaman di rumah.

Dapat menjimatkan kos pembajaan.Pengunaan baja kimia bukanlah pembajaan mutlak . Pembajaan tanaman perlu diselang seli dengan pembajaan organik atau pembajaan EM.

Bakteria boleh melakukan penguraian sumber nutrien dalam tanah dan diserapkan oleh tumbuhan agar pertumbuhan yang lebih baik.



Sekian, terima kasih

Diari Tani- Baja Organik









Diari Tani- Batang Pisang

KU ajer nak tahu.


Terima Kasih, Sekian

Diari Tani- Sinaran Matahari Optimum

KU baru tahu:

Sinaran matahari amat diperlukan untuk memghasil makanan oleh tumbuhan.

Tanaman memerlukan sinaran matahari yang cukup.Di sini Malaysia, sinaran matahari adalah sekitar dalam 12 jam sehari bermula 6.30 pagi sehingga 7.00 malam. Jika dibanding di negara lain, sinaran mataharinya bergantung kepada musim yang datang. Musim panas, mataharinya lebihi 12 jam.Musim sejuk kemungkinan sinaran matahari hanya seketika.

Di negara kita, sinaran matahari sepanjang tahun kecuali musim tengkujuh, sinaran matahri dihalangi dengan awan tebal monsun.  Tanaman mempunyai masa yang mencukupi untuk menjana makanan.

Tanaman yang kekurangan sinaran matahari akibat terlindung wujudnya tebuhan akan mengalami  pertumbuhan perlahan dan , tidak mampu  mengeluarkan hasil yang secukupnya. Tanaman mungkin kenampakkan  daun yang sedikit kekuningan, ketinggian pokok yang rendah dan buah yang kecil lagi tidak bermutu.

Sesetengah tanaman memerlukan sinaran matahari yang sentiasa tetapi suhu yang sederhana atau bahang kepanasan. Tanaman memerlukan sedikit lindungan yang dapat menapis jumlah sinaran cahaya keterlaluan( bahang kepanasan) yang tidak diperlukan ketika jam 12.00 tgh sehingga 2.00 ptg.

Perlu dipastikan, tiada pokok besar atau halangan yang melindungi tanaman anda terlalu lama atau peratus jumlah sinaran cahaya rendah terutama tanaman jenis sayur-sayuran  berdaun.

Jika perlu,kita hendaklah mengurangkan atau mencantas dahan atau rimbunan daun yang menghalang atau halangan lain.

Sekian,terima kasih.


Diari Tani- Keperluan Mutu Benih

KU baru tahu:

Ada antara  petani   lebih suka menyemai benih yang dihasilkan sendiri. Petani beranggapan  menggunakan benih sendiri dapat nenjimatkan kos .

Sebenarnya ia hanya boleh merugikan kepada petani sekiranya benih tersebut berkualiti rendah. Jika petani mempunyai ilmu pengetahuan untuk menghasil benih bermutu tinggi.Malah akan menguntungkan petani.

Benih yang bermutu dapat menghasilkan hasil yang lebih baik. Harga benih yang bermutu tinggi  memang agak mahal.

Pemilihan benih yang bermutu  sangat kritikal kerana kita akan hanya rasa keuntungan atau kerugian sesuatu jenis benih apabila hasil mula dituai.

Industri pengeluaran benih amat pesat sekarang. Benih dihasilkan dengan teknologi biotek terkini. Kita kena ambil  tahu jenama dan maklumat pengeluar benih . Perlu juga untuk  memahami kesesuaian benih dengan cuaca dan tanah di Malaysia.

Ini kerana kebanyakkan benih di Malaysia di import  dari luar negara. Negara yang biasa membekal benih tanaman adalah Belanda, Jepun, Taiwan , Thailand dan China.

Ada sesetengah benih tanaman dihasilkan mengikut sistem tanaman yang ingin diusahakan. Benih fertigasi adalah benih tanaman yang amat manja. Benih  tanaman batas tanah adalah benih yang agak tahan lasak.

Jika kita hendak mendapat maklumat tepat cubalah berhubung dengan pejabat pertanian yang terdekat. Mungkin ada pegawai yang mampu memberi maklumat berhubung benih yang sesuai dengan kawasan tanaman kita. 

Untuk meninggikan pemilihan anak benih, hendaklah memilih biji benih yang agak berisi dan kelihatan gemuk di bahagian tengah.

Mula-mula  rendamkan biji benih dalam piring berisi air suam ( dicampurkan sedikit racun serangga untuk mengelak dirosakkan  serangga).

Selepas itu biji benih boleh disemaikan dalam bekas semaian.

Ini kaedah terbaik untuk memilih benih timun atau tembikai atau labu. Bagi benih lada atau terung, pemilihan dilakukan anak pokok lebih kurang tinggi 15 cm.

Pemilihan benih bermutu akan meningkatkan hasil pertanian disamping mendapat  hasil berlipat-ganda, dan pendapatan lebih lumayan.

Sekian , terima kasih,

Diari Tani- Bekerja Lebih Masa

KU baru tahu:

Bekerja lebih masa sehingga malam untuk permulaan projek memang memenatkan akant etapi solat jangan sekali ditinggal.Tanggungjawab kita dengan Pencipta, ALLAH w.s.t .

Ketika awal projek, peringkat awal seperti kerja  membentuk batas baru memerlukan tenaga dan waktu yang panjang.Tambahan projek dimula kan setelah pertengahan tahun

Setelah tanah dibajak, dibiarkan selama beberapa hari dan akar kayu terkeluar dari tanah dikumpulkan dan dibakar. Peringkat membentuk batas baru pada waktu siang adalah menyulitkan dan terpaksa melawan bahang panas matahari.

Membentuk batas harus dilakukan secara manual kerana mahukan batas yang serata tinggi .

Hendak menyiapkan satu batas yang berukuran 10 meter panjang. Adalah sungguh menyeksakan. Terpaksa menahan panas terik matahari. Memang menduga iman dan  produktiviti  kerja kita sendiri.Selepas jam 12.00 tengahhari, waktu berehat di pondok sehingga menanti waktu petang yang meredup sejuk.Sebelum batas dibentuk, kayu petanda dipasang dan tali disambung kepada setiap penanda.

Untuk kerja lebih masa , sedikit kos diperlukan menyediakan generator dan lampu , proses membentuk batas dapat dilakukan  dengan mudah. Banyak batas yang dapat dibentuk yang kita lakukan.

Diperingkat awal, memang memenatkan akan setelah batas dibentuk. Kita akan guna batas yang sama cuma perlu digemburkan sepanjang musim penanaman sahaja.

Sebenarya  batas yang sempurna akan  menghasilkan pengeluaran bermutu apabila mencukupi baja kimia, organik,dan pengawalan sistem air

Sama-sama kita renungkan

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Perancangan Teliti

KU baru tahu

Kita perlu optimum kan keluasan  tanaman kita disamping membina beberapa kemudahan infrastruktur dan pekerja. Kita mampu mencongak  pendapatan yang berbaloi yang mengikut keluasan tanah yang ada.

Ada petani berjaya menjana pengeluaran tanaman yang tinggi berbanding keluasan tanah yang ada.Pokoknya petani sentiasa berusaha meningkat akan keupayaan tanah untuk mengeluarkan hasil. Keluasan tanah untuk pertanian semakin mengecil.Banyak tanah pertanian telah bertukar status kepada kediaman dan lot komersial. Manusia perlukan makanan tiap hari tapi kawasan untuk bertani semakin tiada.

Kita perlukan membuat satu kertas kerja yang teliti dan mempunyai perancangan kerja terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang projek pertanian. Faktor cuaca dan pasaran harga boleh mengaruhi kemajuan projek. Kita harus pandai menganggarkan keluasan tanah yang ada untuk tanaman yang ingin diusahakan dan kemudahan infrastuktur yang amat diperlukan sahaja.Ada sesetengah perkara ditangguhkan terlebih dahulu.

Antara kemudahan yang difikiran,:

1. Rumah atau bangsal
2. Bilik air dan tandas
3. Rumah kecil (untuk solat , ruang rehat beserta ruang dapur)
4. Stor input pertanian
5. Stor baja terutama baja organik ( untuk kawalan bau)
6. Bangsal kutipan hasil dan anak benih
7.Bangsal sistem pengairan ( tong air dan pam air )

Perancangan kewangan amat penting kerana pusingan wang keluar masuk. Kerana belian barangan pertanian adalah tunai dan tiada jaminan kredit dari pekedai. Gaji pekerja juga tidak boleh tertangguh terutama gaji harian.

Risiko pertanian adalah tinggi akibat harga tanaman amat mudah dipengaruhi  oleh penghasilan tanaman, cuaca dan penawaran bekalan.

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Perusahaan Santan

KU lihat:

 

Kita sedia mengetahui santan terhasil perahan kelapa parut dalam bentuk cecair putih.  Santan berperisa lemak dan digunakan untuk menyedapkan lagi masakan.

Santan diperah daripada kelapa yang dikukur atau diparut. Proses menghasilkan santan sudah melalui penggunaan mesin berteknologi alaf baru.

Santan banyak digunakan dalam masakan kita seharian. Nak makan cendol pun mesti ada santan.

Cara menghasilkan santan telah dipertingkatkan dengan lebih bersih, tetapi berkuantiti dan berkualiti tinggi serta mengambil masa yang cukup singkat.

Penghasilan santan telah dikomersial kan dengan terhasilkan produk santan dalam pek santan segar.

Bermula kelapa diparut dan seterusnya santan diperolehi mempunyai purata  mengandungi 60 hingga 65 peratus lemak. Santan itu kemudian dicairkan dengan air bertapis sehingga 14 peratus daripada lemaknya kurang.

Proses berikutnya, santan dipanaskan kira-kira 20 minit dengan suhu 70 hingga 80 darjah Celcius bagi mengembangkan lagi kandungan santan itu sendiri. Kemudian barulah terhasil santan tulen.

Santan melalui pula proses pensebatian sebelum disalurkan ke tangki khas yang dikawal pada suhu 60 darjah Celcius.

Proses filling mesin, diikuti santan dimasukkan ke mesin penstrilan (sterilizer) untuk mematikan bakteria.

Bahan asas utamanya ialah santan yang dicampurkan dengan sebatian iaitu Xanthan Gum. Bahan sebatian itu berfungsi untuk mensebatikan air dan santan.

Sebenarya tanpa bahan pengawet, kandungan santan tetap segar. Jangka hayat pek santan segar  pula boleh bertahan sehingga dua tahun,

Sekian , terima kasih

Diari Tani- Tanaman Delima

Ku nak cuba tanam:

Pokok delima merupakan jenis pokok renek dengan ketinggiam mampu mencapai 3-6 meter.Terdapat pokok delima yang  kerdil serta berduri pada hujung ranting.

Pokok delima biasa ditanam di kampung di halaman rumah dan pokok delima yang sentiasa berbuah sepanjang tahun.

Pokok delima  mempunyai dahan dengan bunga 1-5 kuntum pada hujung ranting dan agak berlilin sama ada ianya berwarna merah atau kuning. Saiz bunga kira-kira 4-5 cm panjang.

Daun delima berwarna hijau dengan susunan yang bertentangan antara daun berukuran 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar serta mempunyai permukaan atas yang berkilat.

Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang diselaputi isi manis  berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar.

Penanaman pokok delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak.

Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan KERATAN BATANG yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan.

Anak pokok delima yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih.

Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan.

Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia. 

Sekian, terima kasih

Diari Tani-Tanaman Cendawan

Ku nak mencuba di rumah:

Penanaman cendawan di rumah adalah mengikut penanaman cendawan tanah rendah. Keperluan suhu antara 25-32oC.

Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)

1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil

Ciri-ciri asas rumah cendawan

Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
Suhu sesuai:  28-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari

Kelembapan bandingan yang tinggi:  80-90% (siram dua kali sehari)
Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen

Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar:  20' x 50' - memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil:   20' x 15' - memuatkan 3,000-4,500 beg

Ruang dalam bangunan

Ruang penyediaan - ruang menggaul media
Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
Bilik suntik - ruang menyuntik benih
Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil



Amalan pengurusan baik

Kawalan kawasan basmi kuman dan bukan basmi kuman (perlu dipatuhi untuk mengelakkan pencemaran). Kebersihan ruang perlulah dijaga.  

Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di kawasan tidak basmi kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

Manakala kerja menyuntik benih dilakukan di kawasan basmi kuman dan pemeraman serta memungut hasil di kawasan basmi kuman.

Dekalan bahan media (habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan peralatan (tutup dan leher beg media, mesin bancuh, tong dram atau pengukus besar (steamer) serta mesin pengisi dan pembekal.

Teknik Menanam Cendawan

Aktiviti utama yang perlu dilakukan ialah menyediakan beg media cendawan, iaitu beg plastik tahan panas (8.5 cm x 36 cm, tebal 0.6 cm), tutup dan leher beg media, kapas/span penyumbat.  Keperluan penyodok besar dan kecil (bagi projek kecil) atau mesin bancuh, mesin pengisi beg (projek besar).

Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.  Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.  Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.  Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).

Pengukusan Beg Media Cendawan


Air dimasukkan ke dalam tong drum sehingga paras lapik.  Susun beg media secara menegak sehingga penuh tong drum.

Mulut tong drum ditutup dengan lapisan guni gula dan besen aluminium di atasnya.  Kukus selama 7 jam.

Api akan dipadamkan dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan. Sekiranya tanaman cendawan itu merupakan projek besar, peralatan seperti steamer, set dapur gas, bakul pastik/besi perlu digunakan. 

Pemilihan Benih Cendawan

Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih benih ialah:-

miselium benih yang baik berwarna putih seperti kapas sahaja.
pilih benih yang pertumbuhan miseliumnya penuh dan padat 
jangan pilih benih yang dicemari kulat yang berwarna hijau, kuning dan hitam 
jangan pilih benih yang berbau masam dan berulat.

Penyuntikan Benih Cendawan

Peralatan yang diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih, pelita spirit/burner dan pen marker. Sebelum memulakan kerja menyuntik, bersihkan bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja menyuntik benih cendawan.

Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke dalam bilik suntik dan pastikan pakaian serta diri penyuntik benih dalam keadaan bersih.

Pilih benih cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas dan pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol.  Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api.  Atau, jika benih dalam beg plastik, picit benih cendawan sehingga lerai. Buka mulut beg media dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak 1 sudu besar.  

Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan kembali pada beg media (pastikan benih cendawan turun ke bawah dan tidak berlonggok di leher beg media). Kemudian tarikh suntik benih dan jenis cendawan dicatatkan pada beg media cendawan. Eramkan beg cendawan tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30oC diruang khas sebelum dialih ke rumah cendawan.  Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.

Pemeraman Beg Media Cendawan 

Susun beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak. Mulut beg dibuka.  Cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka. Suhu yang sesuai dalam rumah cendawan ialah 30-32oC dengan kelembapan bandingan udara 80-90%.  Air perlu disembur ke dinding, lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi meningkatkan kelembapan dan merendahkan suhu. 

Pengawalan Perosak dan Penyakit


Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya.  Kulat Neurospora sp. biasanya menyerang pertumbuhan cendawan di peringkat awal.  Buang dan musnahkan beg-beg yang diserang.

Bersihkan persekitaran rumah cendawan daripada rumpai dan sampah sarap.  Rak dan ruang disembur dengan larutan Dettol 10%.  Serangan bakteria dapat dikenalpasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir.  Ia boleh dikawal dengan mencabut tangkai cendawan semasa mengutip hasil, dan kurangkan siraman air serta perbaiki pengudaraan.  

Serangan serangga perosak dapat dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan.  Bagi mengawal serangan lipas, semut dan tikus, gunakan racun berbentuk umpan atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap cendawan.


Tanamlah pokok di sekitarnya untuk mewujudkan suasana yang redup.  Rumah cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang malap dan serata.  Pancaran cahaya matahari yang kuat akan membantutkan pertumbuhan cendawan.

Memungut Hasil 

Buka mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari dan maisiliam memenuhi keseluruh beg media.  Peringkat pertumbuhan cendawan bermula pada hari kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang.  Pada hari keempat, cendawan membesar ke peringkat optima.  

Di peringkat ini cendawan mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti kelihatan segar dan cantik, rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama serta tidak mudah lembik dan tidak cepat berbau busuk.  Pada hari kelima, tepi cendawan mula berombak dan pecah.  Ini menunjukkan cendawan terlalu matang/tua.  Kualiti rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau busuk.  


Oleh itu, pungut hasil pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan berombak dan pecah) dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.  Bersih dan tutup kembali mulut beg media dengan penutup rehat.  Rehatkan beg media cendawan selama 10 hari sebelum dibuka untuk hasil berikutnya.  Kutipan berikutnya 10-14 hari selepas direhatkan.  Untuk mendapatkan cendawan segar pada kuantiti yang sama pada setiap hari:-

Sekian, terima kasih

Diari Tani- Tanaman Tembikai Susu

Ku mahu mencuba:

 Tembikai Susu
 
Tembikai susu boleh disesuai tanam di  ruang yang agak sempit.  Tembikai susu boleh  ditanam di beranda kerana tembikai susu merupakan spesis yang memanjat.

Maka pokok tembikai susu  boleh disokongkan   dengan  pancang yang dibuat khas menjadikan pokok tembikai susu seolah-olah tumbuhan  hiasan.

Penanaman tembikai susu boleh menggunakan benih yang bermutu.

Ruang dihendaki

Yang pertama, pemilihan  kawasan yang terima cahaya di waktu pagi tetapi di tengahari berada di tempat teduh dan terlindung panas terik matahari.

Penyedianan tembika susu tidak tahan tanah terlalu berasid atau beralkali.  pH yang sesuai iailah antara 6.5 hingga 7.

Gunakan bekas bersaiz dalam ukuran 12 in x 12 in x 12 in (30 cm x 30 cm x 30 cm).  Kotak gabus sesuai digunakan.  Isikan bersam-sama campuran tanah hitam,  baja tinja ayam atau baja organik. 

Proses menyemai benih
Untuk permulan , ambilkan dan semai satu  atau dua benih dalam sel dulang semaian dalam pasu semaian, gunakan yang saiz 7 cm.  Isikan dengan tanah semaian (growmix) dan semai benih tembikai susu sedalam 1 cm.  Benih akan bercambah dalam masa 4 hingga 14 hari.

Lakukan memilih dengan membiarkan beih yang subur dan menghapuskan  pokok yang lebih lemah.

Kayu pancang
Teduhan dibina ketika anak disemai dan mula mengeluarkan daun mula. Apabila anak pokok tembikai telah mempunyai 4 helai daun, kurang kadar teduhan yang dibuat kepada  bekas semaian dan cahaya terik dibiarkan selama 2 jam sehari untuk kukuhkan cambahan akar pokok.  Lakukan ini selama 3 hingga 4 hari.

Mengalih
Alih pokok ke dalam bekas atau ke tanah selepas pokok dikukuhkan. Jika tanam beberapapokok, jarakkan kira-kira 3 hingga 4 kaki (1-1.5 meter). Ti peringkat awal tutup pokok dengan botol plastik air mineral 4.5 liter yang yang dibuang pangkalnya untuk melindungi cambahan daripada serangan siput dan makhluk perosak yang lain.

Merimbun
Apabila pokok mempunyai 4 set daun,  guntung tunas utama supaya tumbuh tunas sis.  2 minggu kemudian buang tunas yang lemah.  Biarkan 4 tunas yang kukuh sahaja.

Mendebunga
Pokok perlukan bantuan untuk mendebunga.  lakukan pendebungaan secara manual.  Satu kuntum bunga jantan cukup untuk mendebunga 4 bunga betina.  Apabila putik bunga betina lekat (menjadi),
balut dengan kertas atau plastik untuk melindunginya daripada serangan lalat buah.

Penjagaan
Pokok perlukan air yang cukup, siram setiap harinterutamanya apabila pokok mula berbuah.  Ikat buah mnggunakan jaring atau plastik untuk mengurangkan beban berat buah pada batang pokok.

Menuai
Petik buah apabila aroma masak dihasilkan.  Perhatikan tangkai.  Buah yang sedia untuk dipetik, tangkainya mula pecah.

Hidangkan
Tembikai susu paling enak dihidangkan pada hari yang sama selepas dipetik.

Diari Tani- Tanaman Kurma

KU cadang untuk mencuba.

Kita sedia mengetahui bahawa pokok kurma ditanam di tanah arab dengan komersial. Tanaman kurma telah menjadi sumber ekonomi penduduk di tanah arab.

Apabila pokok kurma di tanam di Malaysia ianya bukan perkara mustahil. Pokok kurma masih hidup subur tetapi hanya penghasilan buah kurma agak berkurang kerana faktor cuaca negara yang sentisa hujan dan panas.Buah kurma matang memerlukan bahang panas yang kuat bagi mendapat kan buah bermutu.

Akan tetapi tidak salah kita cuba menanam pokok kurma. Sekurang-kurang kita dapat peluang melihat sendiri bagaimana bentuk pokok kurma membesar tanpa perlu ke Tanah Arab 

Kita boleh mencuba menanam pokok kurma menggunakan biji.

Kita dapatkan biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Biji -biji dikumpulkan dan  diasingkan bagi tujuan penyemaian.Kita boleh pilih benih kurma berdasarkan jenis kurma dihendaki seperti  ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.

Bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa dan menyebabkan  serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.Mungkin kerana di padang pasir kekurangan serangga.

Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.

Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan

Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.

Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.

Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.

Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

Sekian. terima kasih

Diari Tani- Pembalut Buah Plastik Kitar Semula MYDIN

KU masih mencuba:

Kitar semula amalan mulia dan selamatkan alam sekitar kita.

Plastik agak tahan dan kukuh kepada hujan dan panas .Akan mereput kemudian,

Plastik biasanya akan dibuang selepas barang belian  telah dimasukkan ke dalam peti atau almari

Amat sesuai digunakan pembalut buah kitar semula bagi sesiapa yang berminat berkebun sayur secara kecil-kecilan

Langkah dimulakan dengan:
 Dapatkan satu plastik kitar semula mengikut saiz buah tanaman yang diusahakan.
Gunting yang tajam

Pemetik Api Cricket


Mual-mula , plastik kitar semula dipotong dua bahagian.

 Dibelah dua dengan gunting

 
Bahagian bawah plastik dipotong untuk pengudaraan

Bahagian pemegang plasti kitar semula dipotong dua untuk dijadikan tali pengikat

 Bahagian tepi yang potong , dilipatkan dengan kemas

Dilayurkan dengan api dalam beberapa saat agar lipatan plastik akan saling melekat

  
Lipatan plastik telah melekat dan pastikan ia melekat sepanjang potongan.

Sebagai contoh , cara menggunakan plastik kitar semula untuk membalut buah


Diari Tani-Tanaman Anggur

KU ingin tahu:

Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.

Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Anggur sesuai ditanam di atas tanah liat berpasir dengan pH antara pH 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik. Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya.

Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripada tut dan keratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam.

Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) dan CIRP sebanyak 120 gram.

Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah Utara iaitu Kedah dan Perlis.

Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah.

Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Para untuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan.

Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/ pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan.

Penyemburan baja daun atau baja foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.

Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat kering).

 Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

Anggur mudah diserang penyakit seperti antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah.

Penyakit kulapuk berdebu antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

Tempoh pokok anggur matang bergantung kepada varieti serta pengurusan kebun. Biasanya buah boleh dituan 120 - 140 hari selepas pemangkasan pembuahan.

Bagi klon IAC sebanyak 8 - 11 kg sepokok semusim walaupun potensinya mencapai 22 kg /pokok / musim. Kos penanaman anggur sebanyak RM 182,000 sehektar (antara tanaman yang kos pembangunannya tinggi).

Dengan anggaran harga ladang anggur sebanyak RM 6.00 sekilogram dijangka pulangan akan dapat balik selepas 10 tahun.

Cara menguna tapak :
· Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
· Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan.
· Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
· Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.
· Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.
· Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
· Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
· Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
· Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
· Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.


Kaedah Penyiraman Pohon Anggur :
· Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
· Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
· Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
· Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
· Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
· Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.


Kadar Pembajaan Pohon Anggur :
· Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
· Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
· Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
· Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
· Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.


Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1)
· Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
· Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .


Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2)
· Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
· Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
· Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
· Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
· Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
· Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .


Menambah Kemanisan Buah
· Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
· Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik).
· Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
· Merancang pembuahan pada musim panas.

PERIBADI

Tanah Bercangkul

Create Your Badge

Halaman Blog Penajaan Perniagaan Anda
Boleh PM saya di FB
https://www.facebook.com/tanah.bercangkul

DIARI TANI